Thursday, February 28, 2013

Istiqamah Belajar

Nikmat menamatkan bacaan kitab adalah satu nikmat yang susah hendak dibayangkan betapa seronoknya jiwa. Apatah lagi nikmat mengamalkannya. Hari ini tanggal 28hb Feb 2013 jam 11.04 malam di rumah saya Taman Selayang Mulia, Bandar Baru Selayang Fasa 2B, seorang pelajar bahasa Arab telah menamatkan bacaan nota bahasa arab saya secara talaqqi. Biasanya orang baca qiraat hadith!!. Tapi ini bacaan mengaji bahasa Arab. Kami memulakan bacaan itu 2,3 bulan yang lalu. Dua tiga kali seminggu. Nota berjumlah 51 pelajaran. Setiap kali pertemuan satu pelajaran harus ditamatkan. Bermakna paling kurang kami duduk dalam 51 majlis pengajian. Nota bahasa Arab saya ditulis dalam bentuk words yang merangkumi hampir seribu mukasurat . Daripada asas hinggalah ke peringakat yang agak tinggi. Tujuan saya menulis nota itu adalah untuk mereka yang mahu belajar bahasa Arab secara serius. Kata pelajar itu dia ingin belajar secara serius!!!! (http://ihyaaturaathina.blogspot.com/2010/05/bahasa-arab.html)

Saya jarang menerima pelajar yang ingin mengaji secara talaqqi kalau pelajar itu tidak dapat memberikan komitmen untuk menghabiskan pengajian. Jika sanggup maka saya akan cuba luangkan masa. Hamizi seorang yang sudah bekerja. Beliau bekerja di Cyberjaya di sebuah syarikat yang mengendalikan editing filem2 animasi. Beliau dikira pakar dalam bidang tersebut. Suatu hari dia memberitahu saya ttg hasratnya untuk mengaji bahasa arab dengan saya. Itulah syarat saya. Kalau sanggup kena banyak berkorban. Biasanya orang semangat ketika mula nak belajar. Bila di peringakat pertengahan semangat akan mula pudar ditambah pula dengan macam-macam halangan yang mendatang. Masalah peribadi. Masalah keluarga. Masalah jiran. Masalah jemaah. Masalah parti dan seribu satu macam lagi masalah. 

Itulah. Jika kita niat nak buat benda baik maka ujian akan terus datang untuk menguji tahap kesungguhan kita. Dalam masa pengajian ini Hamizi ditawarkan semacam naik pangkat oleh companynya. Syaratnya adalah kena pergi kursus di India untuk beberapa bulan untuk dapatkan ilmu baru tentang teknologi animasi. Ertinya dia mesti memilih antara menghabiskan sukatan pengajian bahasa Arab dengan saya atau memilih untuk menentukan masa depannya di syarikat tersebut. Saya biasanya tidak akan memberikan sebarang pandangan dalam bab memilih kerana diri orang itulah yang lebih tahu tentang  keperluan kehidupannya. Setelah berfikir panjang Hamizi memutuskan untuk tidak pergi ke India. Beliau memilih untuk menerusakan bacaan nota bahasa Arab saya sampai ke garisan penamat. 

Alhamdulillah, Hamizi benar-benar bertekad untuk mengetahui apa itu yang dikatakan bahasa Arab. Beliau akan datang dari Cyberjaya selepas sahaja keluar pejabat. Kadang-kadang selepas maghrib Hamizi dah sampai di UIA dan kami mengaji di situ. Kadang-kadang pengajian di sambung di UM pada hari Sabtu selepas kelas saya dengan student pengajian sijil Hadith dan kelas-kelas lain. Kadang di Masjid Subang Perdana selepas kelas Basooir. 

Beliau ialah orang yang kedua sempat membaca nota bahasa Arab saya word by word. Yang pertama ketika di India dahulu. Seorang pelajar bernama Mohd Tahir. Sebenarnya kehadiran mereka adalah hadiah untuk saya. Kerana mereka saya dapat belajar semula tentang apa yang saya tulis. Kadang-kadang saya sendiri sudah lupa tentang perkara yang saya sudah tulis. Atau kadang-kadang saya bertambah faham terhadap apa yang saya telah tulis di kala saya sendiri tidak berapa faham ttg perkara itu di awal penulisan. 

Semoga Allah menjadikan kita sebagai golongan orang yang sentiasa mengajar dan belajar walau apa jua kedudukan kita. تفقهوا قبل أن تسودوا أو بعد أن تسودوا   

3 comments:

NIK MOHAMAD SYAZRIN NIK KAMARUZAMAN said...

barakallah ustaz..

Anonymous said...

salam....ustaz masih ada mengajar ke bahasa arab tu ???? teringin sangat nak belajar jugak .... mohd fikhri harun

Zaharudin Nawi/Aji said...

Tak ada kelas baru belajar bahasa Arab. Di UM hari sabtu kelas lama dah pelajaran 30 ttg kata kerja illat.