Tahniah kpd Ustz Nik Mohd Abduh kerana dicalonkan bertanding di Pasir Mas. Saya mengenali beliau ketika di India. Sebelum itu saya hanya mengenali namanya sahaja. Ketika saya sampai di Deoband pada tahun 1989 beliau dan dua orang sahabatnya (Din &Azhar) daripada Maahad Muhammadi sudahpun setahun atau tak sampai setahun di Deoband. Saya ditempatkan di tempat beliau menyewa yang dipanggil Baitul Jamil di Mohalla Sharamzudin. Kami tinggal sebumbung buat seketika. Satu rumah tetapi bilik berasingan. Ada 5 buah bilik. Bilik pertama Bayya Najmi anak tuan rumah Qari Jalil. Bilik kedua bilik saya dan Hishamudin sebelum beliau berpindah ke Lucknow. Bilik ketiga bilik Nik Abduh. Bilik keempat bilik besar, bilik Iskandar selaku bilik masak juga. Bilik kelima bilik Roselan yg paling kecil. Kami makan bersama kerana senior waktu itu minta kami makan bersama dan gilir-gilir masak. Abduh dan saya jarang-jarang kena masak kerana kami lebih suka ambil peranan basuh pinggan. Bukan pinggan tetapi talam. Kami makan satu talam. Saya, Abduh, Iskandar, Hishamudin dan Roselan. Selepas itu masing2 menyewa bilik berasingan untuk membaca buku bebas dari sebarang gangguan terutama memasak.
Masyaalah, Nik Abduh seorang yang tekun dan pandai dalam pelajaran dari dahulu lagi. Namanya memang arif di Deoband. Rakan sekelas ayahnya dahulu waktu itu menjadi gurunya. Maulana Khurshid Alam adalah rakan satu kelas dengan ayahnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Nik Abduh terkenal dgn sifat pendiam dan lemah lembutnya. Selalu dgn buku walaupun waktu makan di kedai. Sangat rajin membaca. Peka dengan politik dalam dan luar Malaysia. Selalu membaca suratkhabar Al Ra`id dan majalah Ba`at Islami daripada Nadwatul Ulama yang dilanganinya. Beliau juga rajin menulis artikel utk majalah2 Islam di tanah air spt majalah Muslimah. Berpersatuan semenjak di Deoband dan memegang jawatan yg penting2 dlm persatuan pelajar waktu itu. Kehidupan beliau sebelum ayahnya menjadi Menteri Besar atau selepas sama sahaja. Hidup ala pelajar agama yang serba kekurangan. Tak mewah. Kami 6,7 org duk Deoband bersama hampir 6 atau7 tahun. Selepas tamat beliau dan rakan2 lain ke Mesir. Tinggallah saya seorang diri di Deoband 6 atau7 tahun berikutnya.
Teringat satu ketika Nik Abduh (atau Roselan) dtg ke bilik saya untuk meminjam kitab Qiraat Rashidah jilid ke-3. Yang pasti Abduh yang hendak menggunakannya. Tak ingat pula adakah bukunya telah hilang atau lupa di mana telah diletakkan atau dipinjam orang lantas tidak menghantarnya. Sebelum di Deoband Abduh pernah belajar di Nadwatul Ulama madrasah penulis kitab Qiraat Rashidah sendiri. Sememangnya kitab ini dijadikan silibus di sana. Beliau telah membaca kitab itu sewaktu di sana. Kalau tak silap Nik Abduh perlukan kitab itu drp saya kerana nak mengajar Roselan Ramli sahabat kami. Oleh kerana saya belum lagi membaca jilid yang ke-3 itu maka saya pun tulis pada buku saya itu peringatan "jangan conteng". Ia sebagai satu peringatan kepadanya supaya jangan tulis apa2 pada buku saya supaya saya dapat berdikari membacanya tanpa apa-apa bantuan spt catatan "vocab" yang payah-payah etc.
Bila Basooir ingin menjadikan kitab itu sebagai bahan bacaan dalam siri pembelajaran bahasa Arabnya saya membukanya kembali. Ternyata tulisan "jangan conteng" itu masih ada dalam kitab Qiraat Rashidah. Ia hanya ditulis dengan pensil. Tak sangka pula bila saya teringatkan kisah ini tiba-tiba nama beliau dinaikan untuk menjadi calon pilihanraya di Pasir Mas. Saya juga memilki sebuah buku belajar bahasa Urdu dalam bahasa Arab. Waktu itu saya selalu melihat Nik Abduh membacanya. Seoah-olah buku itu amat menarik. Kebetulan waktu itu saya belum pandai membaca buku bahasa Arab seumpama itu. Entah macam mana akhirnya buku itu jatuh ke tangan saya sampai ke hari ini. Rasanya buku itu milik seorang pelajar Malaysia yg bernama Zamzuri. Dia orang org Perak. Dia datang dari Pakistan untuk belajar di Deoband. Malangnya masalah Visa dia pulang semula ke Pakistan. Dia yang tinggalkan buku itu untuk kami barangkali kerana buku itu tidak ada di India. Kebelakangan ini saya juga mula membuka buku tersebut. Hasrat saya ialah untuk mengajar Urdu dalam Basooir supaya ilmu ttg Urdu tidak hilang begitu sahaja. Setiap kali saya membuka Qiraat Rashidah jilid 3 dan setiap kali saya membuka kitab Qawaid Urdu maka nostalgia bersama rakan2 di Deoband akan singgah sebentar dalam ingatan. Ingatan itu masih segar. Ia belum lenyap dimakan usia. Itulah dia purani baat (old story) sebagaimana ungkapan yg digunakan oleh TGNA ketika saya berkesempatan berbual dengannya di Hospital Besar Kota Bharu, ketika dia menceritakan sedikit sebanyak kisah beliau di Deoband.

Jangan Conteng Kenangan bersama Nik Mohd Abduh
Buku Qawaid Asasiyyah li Dirasah Urdiyyah oleh Dr Samiir org Mesir. Phd dlm bahasa Urdu. Buku yg pernah menjadi tatapan Nik Abduh ketika di Deoband.
1 comment:
syed zamzuri syed nengah...dio orang perak yang hafiz di jamiaah assrofiah,muslim town dan belajar alim di jamiah assariah jhelum,
Post a Comment