Daerah Besut tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama
berkaliber. Salah seorang darinya ialah Tuan Guru Haji Abbas Ahmad. Beliaulah
yang telah mengasaskan pondok Tok Jiring sehingga menjadi sekolah agama yang
terkenal di peringkat tanahair pada masa ini. Beliau dilahirkan pada awal tahun
1910-an di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut. Kealimannya diakui khususnya
dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi
dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.
Setelah menyelesaikan pengajiannya, beliau pulang semula ke tanahair. Matlamat utamanya ialah beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredaan Allah. Untuk mencapai matlamatnya itu, ilmu wajib dikembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya. Langkah pertama ialah dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya sendiri yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama-sama dengan beberapa ulama lain, beliau membuka sebuah lagi pondok di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq dan seterusnya membuka satu lagi pusat pengajian yang diberi nama Darul Adib Al-Khursani di Kuala Besut.
Gerakan pendidikan dan
dakwah Tuan Guru Haji Abbas ini melewati Besut hingga ke sempadan Bukit Yong di
Kelantan dengan membuka beberapa buah pondok mulai 1945. Beliau kemudiannya
berhijrah ke Kuala Terengganu dan mengasaskan pondok Tok Jiring hingga sekolah
itu menjadi terkenal di Terengganu dan seluruh negara amnya.[1] Pondok ini
diasaskan pada tahun 1953. Ia berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama
sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada tahun 1962. Pada
tahun 1976, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan
dinaikkan taraf menjadi sebuah sekolah menengah agama yang termoden di
Terengganu.[2]
Atas sumbangan dan jasanya yang tidak ternilai kepada anak
bangsa itu, kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkannya sebagai Tokoh Ulama
dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada Tahun Hijrah 1409. Pada 17 April 1989,
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu,
Datuk Paduka Mahkota Terengganu, (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepadanya.
Tuan Guru Haji Abbas juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu
tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali lagi dianugerahkan sebagai Tokoh
Guru Peringkat Nasional. Dalam pentadbiran kerajaan negeri, beliau pernah
dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
pada awal tahun 60-an.[3]
Tuan Guru Haji Abbas dikurniakan 15 orang anak. Antara anaknya yang meneruskan aktiviti dakwah menerusi sistem pondok ialah Abdul Aziz.
Salah seorang anak muridnya yang menjadi ulama besar pada masa ini ialah Menteri Besar Kelantan pada ketika ini iaitu Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat[4]. Tuan Guru Haji Nik Aziz menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Abbas di Madrasah Nurul Ittifaq di Besut. [5]
Salah seorang lagi pelajar tok guru Haji Abbas yang masih lagi aktif meneruskan segala perjuangan tok guru ialah Haji Lambak bin Ibrahim, yang juga merupakan menantu kepada Tok guru . Beliau telah menuntut ilmu dengan tok guru sejak remaja dan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Deoband. Sekembali ke Malaysia beliau meneruskan pembelajaran dengan Tok guru sehingga Tok guru menghembuskan nafas terakhir. Hingga kini, beliau masih lagi aktif menghidupkan surau yang di bina oleh Tok guru sendiri, iaitu Surau Haji Abas di Tok Jiring dengan mengadakan kuliah tetap hampir setiap hari. Contohnya, kuliah subuh dan pengajian kitab.
Tuan Guru Haji Abbas berpulang kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1997.

Artikel ini dipetik dan digabungkan daripada:
http://ikantongkol09-tokoh.blogspot.com/2009/06/tuan-guru-haji-abbas-tokoh-ulama-dari.html
[1] Rujuk
http://smkatj2010.blogspot.com/2008/04/pengasas-smka-tok-jiring-seorang-ulama.html.
Dicapai pada 27 Jun 2009
[2]Rujuk http://rasmi.smkatokjiring.com/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=57.
Dicapai pada 27 Jun 2009
[3] Rujuk
http://rasmi.smkatokjiring.com/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=57.
Dicapai pada 27 Jun 2009
[4] Lahir pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kelantan. Dilantik
menjadi Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober 1990.
[5] Rujuk biodata Menteri Besar di
http://mbkelantan.disanasini.com/biodata/
2 comments:
Syukran ya Maulana
Maulana duduk area mana yer?
Duk di Bandar Baru Selayang Fasa 2B Batu Caves. Deobandtu dekat New Delhi 150 km from Delhi towards Kashmir.
Post a Comment