Muhamad Maadah bin Layang (1895-1947) atau Maulana Lebai Maadah, Kuala Pilah
dikatakan pernah belajar di Darul Uloom Deoband. Lihat: Klik di sini untuk biodata
TGH Abbas (1910an-1997) pernah belajar di Dabhel
Gujerat dan Deoband. Klik di sini utk biodata
Maulana Abdullah Noh (1905-1947) pernah berguru dengan
Maulana Ubaidillah Sindi (foto dr facebook Mohd Rosli Ibrahim)
Mantan Menteri Besar Kelantan, TGH Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Memasuki Darul Uloom Deoband pada tahun 1952
Maulana Lambak belajar di Darul Uloom Deoband
pada tahun 1955 selama hampir 10 tahun.Klik di sini
Mantan Mufti Selangor Dato` Ishak Baharom (1928-2008).
Memasuki Darul Uloom Deoband pada tahun 1957 selama 5 tahun
Dr Abdul Hayie Abd Syukor lahir 1947.
Menuntut di Darul Uloom Deoband tahun 1967.
Professor Selamat Hashim lahir tahun 1948.
Belajar di Darul Uloom Deoband 1967.
Selamat bin Hashim berkelulusan
Al–Fadil (1971) dari Darul Ulum, Deoband, India; B.A. Perundangan Islam (1972),
Diploma Pendidikan (1973) dan M.A. Perundangan Islam (1975) dari Universiti
Al–Azhar, Mesir serta Diploma Falsafah Sains (1996) dari Institut Pengajian
Ilmu–ilmu Islam, Kuala Lumpur. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai
Agama Johor (1977), Pendakwa Mahkamah Syariah Negeri Johor (1978). Tugas ini
disandang bersama dengan tugas sebagai Penolong Kadi Besar di Pejabat Kadi
Besar Johor, Pegawai Penyelidik di Jabatan Agama Johor dan Kadi di Pejabat Kadi
Daerah Pontian (1982).
Beliau mula bertugas sebagai
pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan, UTM Kuala Lumpur pada tahun 1982 dan
dilantik menjadi Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM
Skudai pada 1 Mei 2002 hingga 31 Mei 2006. Sepanjang bertugas sebagai pensyarah
di UTM, beliau terlibat mengajar mata pelajaran Falsafah Sains Islam,
Pendidikan Islam, Cabaran Pemikiran Islam Semasa, Qawaeid Fiqhiyah, Usul Fiqh,
Tafsir dan Ayat Ahkam, Fiqh Waqaf, Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat dan Hukum
Pembahagian Pusaka. Beliau juga aktif dalam khidmat perundingan. Antara
penglibatan beliau ialah sebagai pakar runding yang menyediakan kertas kerja
penubuhan Kolej Islam YPJ, rundingan dengan pihak Universiti al–Azhar dan
Kedutaan Malaysia di Cairo bagi mendapatkan pengiktirafan ke atas Kolej
Pengajian Islam Johor (MARSAH), menyertai rombongan penyelidikan anjuran
kerajaan Johor ke enam negara Timur Tengah untuk mengkaji pelaksanaan
undang–undang Islam, menganggotai Jawatankuasa Panel Penilai Buku Teks
Kurikulum Baru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Panel Syariah Uqud
Barakah Sdn. Bhd., Syarikat Guaman Ikbal Salam & Associates, Taman Molek
Johor Bahru.
Datuk Aziz Jamaludin lahir pada tahun 1954. Belajar di
Nadawatul Ulama Lucknow India pada tahun 1966. Deoband tahun 1977-1979
Nadawatul Ulama Lucknow India pada tahun 1966. Deoband tahun 1977-1979
Anak kelahiran Kampung Baru di sini,
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Kuala Lumpur
sebelum menyertai kursus tahfiz al-Quran di Nadwa Kolej Lucknow, India dari
1966 hingga 1970.
Beliau meneruskan pengajian
peringkat menengah di tiga sekolah agama di Pulau Pinang dari tahun 1971 hingga
1976, sebelum ke India bagi mendapatkan sarjana dalam bidang hadis di
Universiti Deoband dari tahun 1977 hingga 1979 dan menuntut di Universiti
Al-Azhar dari tahun 1979 hingga 1983 dalam bidang syariah dan undang-undang.
Aziz Jamaludin pernah memegang
pelbagai jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Hakim Wilayah Persekutuan di
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dari November 1984 hingga Mac 1987, Konsul
di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dari Julai 1991 hingga Julai 1995,
setiausaha sulit kanan kepada Menteri Pendidikan dari Ogos 1995 hingga April
1998 dan ditauliahkan sebagai peguam syarie bagi Negeri Sembilan dan Perak pada
tahun 1998. Beliau juga pernah menjadi Yang DiPertua YADIM.
Datuk Dr. Aziz Jamaludin Bin Hj Mhd
Tahir serves as Independent Non-Executive Director of Datasonic Group Berhad
since June 27, 2011. He graduated from Deoband University, India, in 1979 with
a degree in Islamic Studies and later obtained Bachelor of Arts in Syariah Law
from the Al Azhar University, Egypt, in 1983. He obtained a PhD from
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia, in 2012. He started
his career in 1984 as a Federal Court Judge in the Syariah Court. In 1987, he
joined the Prime Minister’s Department as an Administration and Diplomatic
Officer. He was the Consulate of the Malaysian Embassy in Saudi Arabia from
1991 to 1995 and Confidential Secretary to the Education Minister from 1995 to
1998. In 2008, he represented UMNO as a candidate for the national election for
the Parliamentary seat for Titiwangsa district. In the same year, he was
appointed as Treasurer for The Scouts Association of Malaysia. In 2009, he was
appointed as the Chairman of Koperasi JASA (KOJASA). In 2010, he was appointed
as the Deputy Chief of The Scouts Associations of Malaysia.
4 comments:
Thank You ustaz...
ustaz area mana?
saya ingin bertanya, benarkah ulama-ulama deoband/india/pakistan menolak al-maududi?
Memang benar madrasah aliran Deoband menolak Maulana Maududi. Tetapi pelajar Malaysia yg belajar aliran Deobandi tidak semua menolak Maududi. Rata-rata pelajar Malaysia yg ada hubungan secara langsung dgn Jemaah Tabligh akan menolak Maududi sementara yg ada hubungan dengan jemaah yg lain spt PAS, ABIM, IKRAM rata-rata tidak menolaknya. Wallahuallam.
Assalamualaikum ...Kenapa mereka menolak al maududi dan siapakah al maududi tu ust ?
Post a Comment