Alhamdulillah, hari ini tanggal 13 Ogos 2014 saya kira hari bertuah untuk saya. Pada hari ini saya telah menamatkan pengajaran buku Arabic Reader menerusi video. Terlalu banyak ranjau yang terpaksa dilalui untuk sampai ke penghujungnya. Berbagai ujian dan dugaan terpaksa ditempuh untuk mengarkibkan pengajian ini agar ia terpelihara dan dapat dimanfaatkan di hari muka oleh mereka mencari mutiaranya.
Lebih kurang 45 video Arabic Reader telah dirakamkan. Setakat ini 34
telahpun disiarkan dalam laman sesawang Basooir. Inilah pelajaran
pertama bahasa Arab dalam kategori bacaan yang siap dirakamkan daripada
keseluruhan kategori yang ada dalam Basooir.
Usaha jika tidak ada masalah dan kepayahan tidak ada kemanisannya. Walaupun hanya 45 video tetapi untuk orang yang tidak profesional seperti saya merakamkannya bagaikan memikul tanggungjawab membuat 450 video.
Contoh Video
Saya juga terpaksa membaca semula teks Arabic Reader. Mencatitkan mana yang perlu terutama perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu agar tidak terkapai-kapai ketika menterjemahkannya. Adakalanya video telah dirakamkan selama dua tiga jam. Apabila siap tiba-tiba soundnya tidak boleh pakai. Terpaksalah membuatnya semula. Adakalanya software crash ketika rakaman dilakukan. Almaklum semuanya tidak original. Adakalanya anak menangis. Adakalanya bateri kamera habis. Card memori rosak setelah rakaman dibuat.
.

Buku Nota Arabic Reader Saya
Untuk
mempercepatkan proses rakaman saya telah berpuasa daripada berwhatapps
malah telah keluar daripada group whatsapp, termasuklah group Basooir sendiri untuk menumpukan kepada tajuk yang masih tertunggak untuk dirakamkan.
Terima kasih tidak
tidak terhingga banyaknya kepada Ustaz Roselan yang telah memberikan
buku original Arabic Reader untuk dikorbankan menjadi pdf. Semangat
bertambah berkobar-kobar apabila menggunakan teks original pada skrin.
Terimakasih juga kepada Al Akh Hamizi yang tidak jemu-jemu memberi
semangat dan pertolongan untuk menyudahkan rakaman ini.
No comments:
Post a Comment