Ketika awal tahun 80an masjid Muhammadi Kota Bharu memiliki ramai
tenaga pengajar "kuliah maghrib" yang hebat-hebat samada daripada
kalangan tok-tok guru pondok maupun di kalangan pensyarah-pensyarah
Akedemi Islam Nilam Puri. Saya masih ingat antara yang popular waktu itu
adalah Ustaz Hashim Yahya. Kuliah tafsir malam jumaatnya dihadiri oleh
ramai jemaah. Rumah saya berdekatan
dengan masjid. Saya masih dapat bayangkan Ustaz keluar dari kereta
dengan berserban putih,berbaju Melayu dan bersarong pelikat. Beliau
menuju ke tangga masjid sambil mengilik kitab di tangan dan berjalan
seperti orang yang kakinya bermasalah. Beliau mengajar dalam loghat
Utara. Selepas itu tiba-tiba sahaja kuliah malam jumaat menjadi sepi.
Rupa-rupanya Ustaz telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana Akedemi Islam
Nilam Puri berpindah ke sana.
Kemasyuran Ustaz pada waktu itu
sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya. Sesungguhnya saya terlewat
untuk menziarahi beliau. Saya sememangnya berhasrat untuk menziarahi
ustaz. selepas pulang dari belajar agama. Oleh kerana terlalu sibuk
dengan aktivi harian maka saya menangguh-nanguhkannya samapailah hari ini tanggal 27 Ogos 2014 saya
dikejutkan dengan berita sedih ini.
Semoga Allah mengampuni
beliau dan meletakkan beliau di tempat yang selayaknya untuk mereka yang
berkhidmat untuk agamanya.Ameen.
No comments:
Post a Comment