Sunday, July 5, 2009

Penting Berdakwah

Pada 25/6/2009 saya di jemput untuk memberikan kuliah tafsir di Exim Bank, KL waktu makan tengahari. Mulanya terasa berat untuk menerimanya kerana saya sudah lama tidak bercakap di depan publik. Sejak mempelajari agama saya banyak menghabiskan masa membaca kitab dan mengajar kitab-kitab turath kepada mereka yg berminat mempelajarinya. Masa suntuk jadinya untuk diberikan kepada org awam. Tetapi timbul rasa kerinduan untuk bersama masyarakat di luar sana.

Jemputan daripada Exim Bank tidak saya tolak kerana ianya seakan-akan peluang utk menjadikan saya seperti di sekolah di Kota Bharu dahulu. Di sekolah dahulu aktiviti dakwah banyak mempengaruhi diri saya. Walaupun ilmu sedikit, tidak tahu berbahasa Arab, tidak daripada aliran agama, tetapi semangat utk berdakwah, mengajak kawan-kawan iltizam dgn Islam tinggi. Masa itulah saya mengambil peluang utk mengajar tafsir dgn kata lain berceramah menggunakan apa shaja ilmu yg ada ttg Al-Quran. Berkat usaha itu seorang kawan Cina yg mendengar kuliah saya ketika waktu rehat sekolah telah diberi hidayah oleh Allah utk memeluk Islam. Alhamdulillah dia memeluk Islam dan tinggal bersama keluarga saya buat suatu ketika.

Hari ini berbeza dgn hari ketika di sekolah. Hari ini saya punyai ilmu dan mampu membaca kitab-kitab tafsir, hadith dan segala yg berkenaan dgn ilmu agama tetapi tidak tahu bahawa semangat saya utk berdakwah mengajak masyarakat awam beriltizam dgn Islam adakah sekuat ketika saya tidak punyai ilmu.

Moga-moga kuliah di Exim Bank akan menjadi peringatan kpd saya bahawa ilmu yg saya pelajari selama ini adalah ilmu agama yg ada hubung kaitnya dgn nubuwwah. Ilmu nubuwwah fungsinya utk berdakwah, mengajak manusia dgn penuh keikhlasan agar kembali kpd Allah.

No comments: