Pertama kali saya menjejak kaki ke India ialah pada tahun 1989. Bukan sebagai pelancung tetapi sebagai seorang yang ingin menimba ilmu pengetahuan tentang agama. Pada tahun 1989 ini juga saya buat pertama kalinya diberi kesempatan melihat sebuah madrasah yang besar di India, Darul Uloom Deoband, tempat di mana ramai ulama tanah air kita menceduk ilmu. Padangan pertama menyebabkan saya terus jatuh cinta kepada Madrasah Darul Uloom dan kampungnya. Kerana jatuh cinta dengan suasana kampung Deoband dan suasana keagamaan di madrasah Darul Uloom saya telah memilih untuk berlabuh di situ. Saya berazam untuk belajar di situ selama 10 tahun. Tapi Allah menambahkannya 5 tahun menjadikannya 15. Saya pulang ke Malaysia pada tahun 2004. Pemergian saya semula ke Deoband pada awal tahun 2009 selama 10 hari mengajar saya supaya banyak berfikir tentang masa lalu ketika berada di Deoband, masa kini ketika melawat Deoband dan masa akan datang ketika tidak ketahuan adakah Deoband akan terus menyuntik fikiran.
Bersama Dr Faisal Di Stesen Kereta api Deoband
Bersama Dr Faisal Di Stesen Kereta api Deoband
No comments:
Post a Comment