Monday, July 13, 2009

Roh Ilmu

Mereka yang mencintai ilmu akan merasai betapa manisnya ilmu. Justeru mereka akan berbuat apa sahaja demi ilmu yang dikasihi. Apa lagi ilmu nubuwwah yang bersifat rabbani. Kemanisannya berbeza kerana ia ada hubung kait dengan iman. Apabila ilmu bertambah dan terasa imanpun semakin bertambah maka akan terasa ilmu itu ada maknanya. Jika tidak ilmu itu sekadar pengetahuan akedemik yang boleh dicapai oleh siapa sahaja yang rajin membaca. Maka tidak hairanlah ramai yang menjejak ulama untuk bertemu dengan mereka bukan untuk belajar tetapi untuk mengajar diri. Harapannya ilmu yang dikendung selama ini biarlah mempunyai roh dan kemanisan. Ulama yang dijejak kadang-kadang bukanlah sehebat dan sekritis kita tetapi roh ilmunya mendahului ilmunya.

Baru-baru ini saya menerima sepucuk e-mail daripada seorang yang masyhur dengan nama Imam Muhammad Daniel di dalam Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Imam_Mohammed_Daniel). Beliau memperoleh alamat saya di dalam respons saya terhadap satu artikel di link http://zakariyya.wordpress.com/2008/08/17/shaykh-al-hadith-mawlana-yunus-jaunpuris-passion-for-hadithi. Apa yang menarik tentang Imam Daniel ini ialah "his passion for ilm" walaupun sudah agak terkenal diundang berceramah ke sana ke mari. Dia bertanya saya kalau-kalau saya boleh menolongnya untuk bertemu dengan masyaik-masyaik hadis di India untuk bersama dengan mereka belajar apa yang patut supaya ada link dengan ilmu-ilmu yang dibawa oleh ulama` yang rabbani.

Katanya dalam e-mail:
"I know that these schaolrs have dedicated their lives to the deen, but I am very willing to contribute financially to the time they spend with me. It would be an honour to study with them and take from their adab and suhbah".

Ilmu ialah satu Pencarian. Pencarian yang ikhlas akan mempertambatkan hati yang seumpamanya kerana keikhlasan akan bertemu dengan keikhlasan. Ianya akan mewujudkan satu jaringan. Jaringan yang berasal daripada satu sumber. Sumber Rabbani.
Itulah roh sanad pada sesuatu ilmu....supaya ingat dan diperingatkan.

No comments: