Saya mula mengenali Kushwant Singh ketika belajar di India dahulu. Setiap hari sabtu Kushwant Singh akan menemui saya dan pembaca lainnya di ruangan khususnya WITH MALICE TOWARDS ONE AND ALL.... yang diterbitkan oleh HINDUSTAN TIMES, sebuah suratkhabar yang tersohor di India. Seperti orang lain saya terpesona dengan gaya bahasa yang digunakan oleh beliau. Oleh itu saya tertunggu-tunggu kedatangan hari sabtu semata-mata untuk membaca ruangan tersebut sebagai santapan mental saya di pagi sabtu. Kerana taksub dengan gaya bahasanya yang cantik saya menyimpan koleksi beberapa keratan artikel WITH MALICE TOWARDS ONE AND ALL... untuk tatapan di hari muka.
Daripada tulisan-tulisan Kushwant Singh saya dapati bahawa beliau ialah produk sekularisma yang tulen. Malah beliau sampai ke tahap menjadi seorang aties atau agnostik.
Sesuai dengan tajuk ruangan yang diberikan, Kushwant Singh akan mengkritik sesiapa sahaja termasuk Tuhan jika beliau rasakan di sana tidak ada keadilan alam. Bagi Kushwant Singh Tuhan tidak ada. Kalau Tuhan itu ada kenapa Tuhan membiarkan kemiskinan melata, bencana berleluasa dan kezaliman bermaharajalela. Sebelum kita sempat menjawab argue yang dikemukakan, Kushwant Singh sudahpun mengetahui apakah jawaban Islam terhadap persoalan yang beliau sering sangsi terhadap Tuhan. Ini dek rapatnya hubungannya dengan orang Islam. Beliau juga banyak membaca. Beliau menguasai bahasa Urdu dengan baik. Begitu terpesona dengan penyair agung Urdu, Mirza Ghalib. Malah beliau dikritik kerana mempertahankan hak orang Islam di India dan mengagung-agungkan bahasa Urdu, bahasa yang digunakan oleh orang Islam di India.
Mungkin kerana berfahaman sekular tulen atau terpengaruh dengan tabiat penyair-penyair seperti Mirza Ghalib yang mendeklamasikan apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran walaupun berkenaan dengan arak dan aib wanita, Kushwant Singh juga dianggap sebagai seorang penulis yang kurang sopan kerana bermain dengan kata-kata demi untuk bersuka-suka.
Kini Kushwant Singh sudah menjangkau umur 94 tahun dan masih menulis walaupun tidak seaktif usia mudanya. Namun beliau tidak berganjak daripada pendiriannya.
Walaupun sudah berpisah dengan bumi India saya sentiasa mengintai berita tentang Kushwant Singh. Adakah dia masih hidup?. Adakah dia sudah beriman dengan Tuhan.?
Dalam sejarah Islam banyak individu yang simpati dan mempertahankan Islam walaupun mereka berkeras untuk tidak beriman. Apakah nasib Kushwant Singh akan sama dengan Abu Talib dan Heraclius Allah sahaja yang mengetahui.
Pengajaran yang kita perolehi daripada ketokohan Kushwant Singh ialah "Walaupun seseorang itu memiliki banyak ilmu, banyak pengalaman dan banyak sifat-sifat positif yang diakui oleh Islam namun tidak semestinya semua perkara itu dapat membantu dia memperolehi Hidayah Tuhan". Itulah nilai sebuah hidayah...hanya Allah yang mampu menyinarkannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Untuk mengenali beliau sila buka laman http://en.wikipedia.org/wiki/Khushwant_singh
3 comments:
taniah ustaz, semoga ustaz terus menulis. Ilmu dan pengalaman yang ustaz ada sangat bernilai bagi kami..moga Allah SWT mengekalkan hidayah kita..
untuk pgalaman, cadangan saya, ustaz buku 'dari Deoband ke UIA'.
Dan saya harap, ustaz rakam ceramah dan pengajaran ustaz agar kami dapat menambah ilmu..
cheguridhwan
hannanfarhana.blogspot.com
saya ada beberapa saranan untuk ustaz dan zaujah..
ustaz ke hannanfarhana.blogspot.com
moga ustaz menerima saranan hamba yang hina ini
Sudah melihat cadangan.Jazakallah. Insyallah suatu masa nanti kalau Allah izinkan pengalaman akan dikongsikan bersama rakan-rakan ilmuan.
Post a Comment