Sesiapa yang belajar di India dan meminati bahasa Arab mesti mengenali nama Maulana Wahiduzzaman Kiranawi. Hampir kesemua pelajar memiliki kamus yang disusun oleh beliau. Kamus Urdu-Arab, Kamus Jadid Arab-Urdu dan Kamus Istilahi. Selain itu buku Qira`ah Wadhiah beliau juga dijadikan sukatan Darul Uloom sebagai reading book untuk pelajaran bahasa Arab. Saya mengenali Maulana tetapi tidak pernah memberanikan diri bercakap dengannya. Saya juga tidak berkesempatan untuk menjadi anak murid beliau. Maulana hanya mengajar di kelas takhasus Bahasa Arab ketika saya di Deoband. Tetapi saya masih bertuah kerana menjadi rakan kepada anak Maulana, Qadruzzaman, yang pada masa itu menjadi classmate saya di tahun 1, 2 dan 3. Tetapi dia tidak sempat menamatkan pengajian di Darul Uloom kerana terpaksa `jaga kedai buku` keluarganya, Maktabah Husainiyyah.
Maulana seorang yang cintakan bahasa Arab. Beliaulah yang menghidupkan bahasa Arab di Darul Uloom Deoband. Ketika masih menjadi pelajar Maulana sudahpun membuka kelas bahasa Arab untuk pelajar-pelajar lain. Beliau mengajar mereka menggunakan bahasa Arab secara praktikal. Menulis, mengarang, bercakap dan berpidato. Beliaulah pelopor kepada persatuan bahasa Arab di Darul Uloom, Nadi Arabi. Beliau juga menghidupkan majallah Ad Daie Darul Uloom yang berbahasa Arab. Kebolehan Maulana menguasai bahasa Arab moden amatlah pelik memandangkan rata-rata madrasah aliran Deobandi hanya berpada dengan bahasa Arab yang tertulis dalam matan-matan atau teks-teks turath.
Maulana seorang yang tegas. Amat menjaga waktu dan keterampilan. Saya selalu melihat beliau berjemaah di Masjid Qadhi berdekatan dengan rumahnnya. Maulana seorang yang tinggi dan kurus. Daripada raut wajahnya dan pakaiannya yang sentiasa kelihatan putih bersih seseorang dapat meneka bahawa Maulana mempunyai keperibadian yang luhur. Beliau mengajar di Darul Uloom selama 30 tahun. Selain mengajar bahasa dan kesusteraan Arab beliau pernah juga diamanahkan mengajar kitab-kitab hadith seperti Sunan Nasai dan Syarah Ma`ani Athar Thahawi.
Dua tahun sebelum akhir hayatnya, Maulana bertungkus lumus menyiapkan sebuah kamus Arab-Urdu yang bersaiz besar. Ia mencangkupi seratus ribu perkataan. Kamus itu pada awalnya dinamakan oleh Maulana sebagai Kamus Muhith. Tetapi kemudiannya dinamakan Kamus Wahid oleh anak-anak beliau yang menguruskan penerbitannya kerana mengambil sempena nama beliau. Pada tahun beliau meninggal dunia Maulana telah menyiapkan koleksi hadis-hadis Akhlaq dan Adab. Maulana meninggal dunia di kala umurnya 65 tahun. Maulana dilahirkan pada tahun 1930 di Kiranah sebuah kampung di daerah MuzaffarNagar berdekatan dengan Deoband. Beliau meninggal pada tahun 1995 di Deoband ketika saya masih di sana. Saya sempat menziarahi jenazah Maulana di rumah beliau. Berpusu-pusu pelajar datang melihat Maulana buat kali terakhir. Maulana disemadikan diperkuburan Qasimi, perkuburan kebanyakan ulama Deoband. Perginya Maulana perginya seorang mahaguru yang banyak berjasa menghidupakan sesuatu yang sudah dialpakan oleh masyarakat ilmuan. Iaitu bahasa Arab, bahasa Al-Quran. (Rujukan: Muqaddimah Kamus Wahid)

2 comments:
terima kasih atas pencerahan yang ustaz tulis tadi...
saya tidak tahu maklumat tersebut..
saya lihat beliau banyak menjadikan bab-bab tertentu sebagai kitab-kitab..
apapun ucap terima kasih atas pemberitahuan ustaz..
Assalamualikum
1- Pengajian bersanad byk kelebihannya. Bgi ustz bersederhana itu elok. Tak ifrat dan tafrith. Kalau ada peluang baca kitab dgn guru2 yang ada sanad menadahlah walaupun satu baris.Walaupun tak faham. Ada keberkatannya nanti. Kalau tak ada sanad itu tidak bererti kita tak boleh baca kitabtu. Kadang org ada sanadpun baca salah dan faham juga salah kerana nak faham kitabpun perlukan kecerdikan dan kerajinan jugak. Amalan baca kat kanak2 tu tabarruk. Mudah2an diberkati.
2- Wajib jaga sanad dlm hadis sahaja. Itupun yang wajib dah tamat sehingga pengarang kitab matan hadis masing2. Pengambilan sanad yang diamalkan sekarang tak lebih drp tabarruk. Cuma tabarruktu berbeza-bezalah feeling orang. Ada yg bersungguh2 dgn tabarruk. Ada yang hanya meletakkannya sebagai `benda kecik`. Ada yang tak endah langsung. Manakala sanad kitab2 lain spt fekah, nahu, etc hanya imitation kpd sanad hadis. Zaman dulu tak timbul masalah sanad kitab krn orang semua bljr berguru. Kalau dah bergurutu bersanadlah secara otamatiknya. Tapi hari ini sistem itu dah tak melata. Kalau adapun carapun dah berbeza2. Ada yg mengaji kulit ke kulit. Ada yang mengaji bab2 tertentu sj dr sesebuah kitab. Ada yng dpt sanad sahaja tak mengajipun dan tk tahu bahasa Arabpun. Boleh belaka atas tiket tabarruk. Sesetengah madarasah ala Deobandi misalnya hanya menetapkan tamat kitab Tirmizi, Bukhari dan Muslim. Manakala kitab matan hadis yg lain mengikut bab2 tertentu sahaja, tk habis. Silibus Darul Uloom Deoband sendiri kadang-kadang mensyaratkan habiskan semua kitab kulit ke kulit tapi di tahun yg lain kadang2 ditukar kpd bab2 pilihan sahaja. Yg lain baca sendiri. Maulana2 yg mengajar pula ada yang bagi ijazah hadis secara lisan sahaja. Ada yg bagi secara bertulis. Ada yg shadid beri sanad hanya kpd yg mengaji. Ada yg mudah beri sanad wlpn kpd yg tk pernah bljr dgnnya.
3- Bila disebut tabarruk pula rasanya tak elok diperkecilkan semacam org kata benda sunnat itu sebagai `sunat sahaja`. Macam tak ada nilai. Mesti ada nilai, kalau tak masakan ianya dipraktiskan oleh ulama2 silam.
Post a Comment