Friday, June 22, 2012

Nasihat ttg Mengundi

Ulama Deoband sangat prihatin terhadap senario politik semasa. Dari semenjak sebelum merdeka lagi mereka turun mengundi untuk menentukan  pemerintah yang memberi faedah kepada Islam dan muslimin. Dalam buku Fiqhi Maqalatnya Maulana Mufti Taqi Usmani menulis tentang "Kedudukan Vote Pilihanraya dalam Islam". Antara yang disebut oleh beliau ialah:
1-Salah jika berfikir begini: Politik hari ini kotor. Oleh itu orang yang mulia tidak seharusnya mengambil bahagian dalam sebarang bentuk yang melibatkan pilihanraya yang sudah tentunya sebahagian daripada politik.
2-Walaupun politik penuh dengan kekotoran tetapi menjadi suatu tangugjawab kepada rakyat membersihkan negara daripada terus berganda dengan politikus yang kotor.
3-Hadis menyebut: Jika manusia melihat orang zalim dan tidak menyekatnya maka tidak mustahil  Allah akan menimpakan azab kepada semua "إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ مِنْهُ " (Tirmizi, Abu Daud). Berdasarkan hadis ini pilihanraya paling tidak satu kudrat yang mampu dilakukan oleh semua orang untuk menyekat parti yang zalim dan kotor.
4-Ramai orang baik-baik mengatakan "Kalau saya tidak mengundi tiada apa yang rugi" sedang mereka lupa kepada sabda Nabi saw:  "Barangsiapa yang melihat seorang mukmin dihina dan tidak menolongnya sedangkan ia mampu maka Allah akan menghinanya di hadapan orang ramai di hari akhirat".
".مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ وَهُوَ يَقْدِرُ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (Hadith dhaif, riwayat Ahmad). [Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain. Dia tidak akan menzaliminya, menghinanya, dan merendahkannya. Riwayat Muslim الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ  -penterjemah] 

[Dipetik dgn pindaan drp buku berbahasa Urdu Fiqhi Maqalat oleh Maulana Taqi, p287, jilid 2]

5 comments:

Zaharudin Nawi/Aji said...

Secara am akabir Deoband tidak menolak politik. Sebab itulah mereka menubuhkan Jamiat Ulama Hind sebagai sayap sosial dan politik. Jamiat bukan parti politik. Jamiat Ulama Hind akan menetapkan sokongan kepada parti mana dalam pilihanraya. Suatu waktu dahulu kpd Kongres. Zaman kemudian ini sokongan terhadap Kongres semakin pudar dan beralih kpd parti yg lebih memihak kpd kepentingan umat Islam walaupun parti sekular. Walaubagaimanapun pandangan terpencil ulama-ulama madrasah tabi` kpd Deobandi mahupun ulama dlm gerakan Tabligh yg sebahagian besarnya bermanhajkan manhaj Deobandi memang wujud. Ada yg menolak politik demokrasi dan ada yg berkecuali.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Zaharudin Nawi/Aji said...

Mungkin benar apa yg diberitahu oleh guru saudara mengikut apa yg dia nampak dan faham. Setahu Ustaz hanya beberapa org sahaja pelajar Malaysia yg belajar di Mazahair Ulum pd waktu itu. Mereka silih berganti. Tiada yg tinggal lama melainkan setahun dua. Paling lama Maulana Hazim, Abdul Fatah etc, 4,5 tahun. Waktu ini mereka berkhidmat di Seri Petaling. Ada yg di madrasah Pulau Pinang. Ada yg di sekolah Abim di Kajang. Ada yg di USJ mengajar di rumah sendiri. Ada yg di Kg Jawa madrasah Mazahair Ulum. Rata-rata mereka ada hubungan dgn Jemaah Tabligh pd waktu itu. Mungkin sahaja Mazahir Ulum menjadi pilihan kerana Maulana Ilyas dan Maulana Zakariya pernah mengajar di situ. Spt yg Ustaz beritahu dlm komen sebelum ini berpolitiknya ulama Deoband bukan bererti melibatkan diri dlm parti politik demokrasi secara langsung. Malah ulama Deoband di madrasah Darul Uloom tidak ada yg terlibat secara langsung dgn parti politik. Tetapi mereka mempunyai "kesedaran politik" dan parti pemerintah apa gerun terhadap suara ulama Deoband menyentuh isu politik yg membabitkan umat Islam setempat. Mazahir Ulum mempunyai hubungan yg kuat dgn Darul Uloom Deoband. Apa sj suara Darul Uloom Deoband itulah suara Mazahir. Dlm awal tahu lapan puluhan Darul uloom Deoband berpecah kpd dua madrasah. Sebaik sj perepcahan itu berlaku maka ia diekori oleh perpecahan Mazahir Uloom kpd dua Mazahir. Mazahir Ululm Jadid dan Mazahir Uloom waqaf. Begitulah halnya suara politik mereka secara kolektif tidak secara individu krn ada sahaja mudarris yg tidak mahu ambil tahu ttg politik di kalangan mereka.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Maulana Taqi yg menulis ttg hukum wajib "mengundi" dlm pilihnaraya juga tidak terlibat dlm sebarang parti politik. Beliau byk menulis ttg jasa2 ulama Deoband dahulu dlm politik. Dia juga menulis ttg afkar Maulana Ashraf Ali Thanawi dlm politik. Bukankah Maulana Ashraf Ali Thanawi itu sheikh kpd Maulana Ilyas pengasas Jemaah Tabligh.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Pendapat sheikh tidak semestinya sama dengan murid. Dlm hal penubuhan Pakistan misalnya Maulana Ashraf Ali Thanawi bersetuju dgn penubuhan tersebut. Muridnya Maulana Mufti Syafie bekerja ke arah itu sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai guru dan mufti Darul Uloom kerana perlu berkempen utk referendum memihak. Manakala Maulana Husain Ahmad Madani tidak bersetuju dgn penubuhan itu malah menentangnya dgn keras. Walau apapun sikap mereka yang nyata ianya memperlihat keperihatinan ulama Deoband terhadap politik.