Saturday, June 29, 2013

Kembara Deoband 54: Rahat Manzil

Setelah tinggal di Baitul Jamil saya berpindah ke rumah sewa baru yang bernama Rahat Manzil pada awal-awal tahun 90an. Waktu itu saya tinggal bersama dengan Wan Nazarudin sebelum dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rahat Manzil berhadapan dengan Masjid Madani, masjid tempat Maulana Husein Ahmad Madani solat pada zamannya. Di bawah masjid ini ada bahagian bawah tanah. Ia dikatakan tempat Maulana Madani bersuluk. Berdekatan dengan masjid ini terletaknya rumah keluarga Husein Ahmad Madani   yang tidak jauh dari Masjid Rashid dan bangunan Thanawiah Darul Uloom.

Rumah sewa kami dimiliki oleh satu keluarga yang berada dan berpendidikan. Anak tuan rumah yang berurusan dengan saya dalam apa sahaja hal ehwal tentang Rahat Manzil ialah Faisal. Waktu itu dia sedang belajar di Kolej. Abangnya adalah pensyarah bahasa Inggeris di Jamia Milia New Delhi. Rumah ini mempunyai satu court badminton yang besar. Malah ia seperti taman. Kami menebas juga bulu tangkis di kala lapang terutama di musim sejuk. Bilik rumah ini besar-besar belaka. Ada tiga bilik dan satu dapur. Kami duduk ditingkat atas. Bilik bawah disewa oleh orang Deoband yang sudah berkeluarga.Kemudian ia disewa pula oleh seorang Bangladesh yang berkahwin dengan anak Insyaalah Khan orang Deoband. 

Bersama dengan tuan rumah Faisal

Ketika duduk di sini saya memasak juga. Bergilir-gilir dengan Wan Nazarudin. Kemudian Surul (Ustaz Surul Sahabudin) dan Ismail datang untuk tinggal bersama dengan kami. Waktu ini Surul masuk kelas hafiz dan menghafal Quran. 

Giliran memasak malam utk Surul, Wan dan Ismail

Setelah Surul dan Wan meninggalkan Rahat Manzil saya tinggal bersama pelajar Thailand dari Bangkok. Sepatah perkataan merekapun tidak difahami. Mereka adalah generasi orang Melayu Bangkok yang sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Perkataan Melayu yang mereka tahu adalah "Saya Terima Nikahnya dengan maskawin...." kerana jawab nikah masih memakai bahasa Melayu kata mereka. 

Sebelum saya tinggal di Rahat Manzil saya menyewa bilik di Masjid Madani. Biliknya macam kubur   menyebabkan saya hampir tidak dapat bernafas. Saya tinggal di bahagian tingkat atas berdekatan dengan bumbung Masjid menyebabkan saya seolah-olah di kukus pada musim panas.  Saya selalu berdoa agar diberikan bilik yang baik sedikit. Bila mendengar khabar berita tentang kekosongan Rahat Manzil saya nekad untuk menyewanya walaupun duit cukup-cukup makan. 

5 comments:

hairul said...

السلام عليكم
boleh saya tahu, ust berada di kuala lumpur atau luar? kalau di kuala lumpur, ust ada buka kelas2 pengajian? kalau ada dimana yer? maaf terlalu banyak bertanya. harap ust sudi menjawab pertanyaan saya.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Di Kuala Lumpur. Kelas hanya di 3 tempat semua seminggu sekali.
1-Universiti Malaya - pengajian kitab Bukhari
2- Masjid Subang Perdana - pengajian Irab Quran (ada dlm basooir.com)
3-Surau Nur Ashhura Bandar Baru Selayang - bahasa Arab Al-Quran

hairul said...

terima kasih atas maklum balas ust. walaupun ilmu bahasa arab saya amat sedikit tapi sangat berminat dengan pengajian kitab2 arab (hasil pengajian yang pendek di pondok dulu).
untuk pengetahuan ustaz, sekarang saya belajar tuhfatul ahwazi dan misykat sebulan sekali dengan seorang ust dari kelantan (bukan maulana asri). beliau dtg ke kl sebulan sekali.
jadi boleh ust detailkan sedikit jadual pengajian ust seperti masa dan tarikh2nya.
sekian... terima kasih

Fuad Akmal said...

semsetinya saudara Hairul maksudkan adalah Maulana Hussein Al-Ranggoni..

hairul said...

yer betul sdr. fuad akmal...sdr. biasa belajar dengan maulana hussein ni?
ust. ibnnawi, harap dapat tahu detail ttg kelas2 ust... insyAllah nak belajar dengan ust. semoga Allah beri kesempatan kepada saya.