Thursday, June 27, 2013

Kembara Deoband 53: Seorang Itali Tetamu Deoband

Suatu hari ketika di Deoband saya bertemu dengan seorang Italy. Dia baru masuk Islam. Banyak mengembara untuk mencari agama. Boleh bercakap Arab tetapi bahasa pasar. Banyak merantau di tanah Arab untuk mencari sheikh tasawuf. Pernah bertemu dgn Nuh Ha Min Keller di Jordan. Dialah yg memberitahu saya Nuh Ha Mim Keller baru menerbitkan bukunya Realiance of  the Traveller terjemahan kitab fekah mazhab Syafie Umdatu Al-Salik. Dia ke India kerana ingin menziarahi kubur Sirhindi dan mencari guru tasawuf tarikat Naqshabandi kerana gurunya sudah meninggal. Itulah seorang salik ada yang mencari rantaian kerohanian menerusi pencarian fizikal…

Kebetulan ketika saya mengambil MA di UIA ada pelajar MA dalam jurusan Usuludin yang bernama Mohd Nasir Mohd Tap selalu bersembang dengan saya ketika berada di kantin kolej tentang berbagai isu yang agak santai. Antaranya tasawuf di Deoband. Beliau bukan setakat pengkaji tasawuf malah seorang pengamal tarikat Naqshabandi. Bukan itu sahaja beliau juga rajin bertalaqi kitab-kitab turath. 

Dalam diam-diam Mohd Nasir Mohd Taip telah menghasilkan satu karya ilmiah tentang wacana tasawuf, tarekat dan pemikiran kalam Imam Ahmad Sirhindi. Saya dihadiahkan buku itu oleh beliau kerana katanya nama saya ada dinukilkan dalam buku itu (m/s 80) ketika beliau membicarakan tentang perbezaan konsep wahdatul wujud antara Maulana Asraf Ali Thanawi dengan Sirhindi. Itulah seorang salik ada yang mencari peluang menyumbang rantaian kerohaniannya melalui wacana ilmiah.

Karya Mohd Nasir Mohd Tap

Buku Nuh Ha Mim Keller

Saya tidak mengetahui banyak perkara tentang Sirhindi. Saya mengetahui tentangnya kerana namanya sentiasa disebut-sebut dalam buku-buku ulama Deoband dan ulama India yang lain seperti Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi. Noktah-noktah Maktubaat yang ditinggalkan olehnya menjadi kajian dan panduan kepada mereka yang mencari jawapan kepada polemik pengalaman kerohanian. Sesetengah ulama keliru dengan jenama `Deobandi`. Tidak sedikit di kalangan ulama di tanah air kita juga keliru dengan Deobandi. Mereka sinonimkan Deobandi dengan Wahabi kerana kebetulan pandangan Deobandi dan Wahabi serupa tentang beberapa isu. Meraka juga keliru tentang pelajar-pelajar Malaysia yang keluar daripada madrasah aliran-aliran Deobandi. Mereka menyangka pelajar-pelajar lepasan madrasah Deobandi tidak kira samada di India ataupun Pakistan adalah penjelmaan  kepada pandangan Deobandi. Dalam hal tasawuf Deobandi menerima tasawuf malah penjadi pengamal dan pendokongnya. Tentang bagaimana pembawakan tasawuf Deobandi itu tidak menjejaskan mereka daripada digolongkan dalam golongan mutasawifin atau mutasawifun. Oleh itu sesiapa sahaja yang lepasan madrasah aliran Deoband yang menolak tasawuf sebenarnya tidak mewakili suara ulama Deoband dalam bab ini. Itu mungkin pandangan peribadi beliau.

Biodata Mohd Nasir

3 comments:

nazriy ismail said...

Assalamualaikum ustaz..

Adakah tasauf/tariqat di india (lebih kepada deobandi) spt Naqsyabandi/Chistiyah dan lain-lain amalannya lebih kepada zikir yang senyap sperti zikir infirodi. Berbanding kalau di malaysia zikir kita lebih kepada jemaah. Adakah di sana lebih mengikut kesuaian mazhab hanafi. Sekadar berkongsi. JazakAlah Kathiran.

Zaharudin Nawi/Aji said...

Mereka ada juga zikir jahr. Pagi2 di masjid Chatta yg dianggap masjid Darul Uloom jugak, selepas subuh mutasawifin berzikir kuat-kuat. Tak tahu kenapa lama kelamaan semakin berkurangan mereka yang hadir dan akhirnya tiada. Mungkin semenjak kematian Mufti Mahmood yang beruzlah di situ.

Anonymous said...

tasawuf ilm kitab mein,tasawuf sikne asan hai, tasawuf amal mushkeel sei.
pir use dunya haseel karne ki, dunya ki asheeq, dunya ki ghulam, to hum kaha ja raha hu