Membaca sebuah buku tentang riwayat hidup seorang murabbi ulama Deobandi
Dr Abd Hayie Arifi dan singgah pada cerita bahawa beliau meninggal
kerana sakit perut. Maka diceritakan pula bahawa beberapa orang di
kalangan ulama Deoband yang lain juga meninggal dunia kerana masalah
sakit perut. Antaranya Haji Imdadullah, Maulana Ashraf Ali Thanawi dan
Maulana Rashid Gangohi. Kesemua mereka sheikh tasawuf ulama Deoband.
Penulis mengemukakan sebuah hadith riwayat Bukhari tentang kelebihan orang yang meninggal dunia disebabkan masalah perut seumpama orang yang mati syahid.
المَبْطُونُ شَهِيدٌ "Orang yang meninggal kerana sakit perut adalah seperti orang yang mati syahid" ertinya ada ganjaran yang mereka perolehi termasuk dalam ganjaran orang yang benar-benar mati syahid walaupun tidak semua.
(Al-Balagh, Bayan Arif Billah Hazrat Maulana Dr Muhammad Abd Hayie Arifi, m/s 22-23).

2 comments:
Salam Ustaz,
Maulana Nur Muhammad yg tinggal di Gombak juga keluaran deoband, org kuala besut. Adakah ustaz pernah berjumpa dgnnya?
Tahu tentangnya tetapi belum pernah berjumapa. Kebetulan ada pelajar saya yang selalu mengikuti kuliah beliau.
Post a Comment