Pertama kali saya membaca kitab "Hidayah" kira-kira 18 tahun yang
lalu. Itupun kerana belajar dek menjadi silibus Darul Uloom tempat saya
belajar. Semua orang kata kitab Hidayah ini hebat. Walaupun ia kitab
fekah mazhab Hanafi tetapi semua orang alim yang mengetahuinya
mengatakan ia hebat. Tidak terbayang bila pula saya akan dapat membuka
kitab ini. Alhamdulillah malam tadi ada peluang membuka dan mengajarnya
.
Untungnya masa belajar dahulu sempat juga kumpulkan koleksi syarahnya
samada Urdu maupun Arab. Syarah Urdu oleh Maulana Jamil dan Mufti
Yusuf, Syarah Arab spt Binayah oleh Aini dan Fathul Qadir oleh Ibnu
Hummam.
Semasa belajar
dahulu, biasalah zaman student, bukanlah tekun mana. Belajar sekadar
menghabiskan silibus. Banyak benda tidak tahu tentang kitab ini walaupun
pernah belajar.
Dalam mukadimah oleh Allamah Abd Hayie Lucknowi ditulis bahawa pengarang kitab ini yang terkenal dengan gelaran "Marghinani" mengambil masa 13 tahun untuk menyiapkan kitabnya yang dikatakan unik ini. Yang lebih hebat lagi ialah beliau berpuasa sepanjang mengarang kitab tersebut. Malah beliau menyembunyikan puasa beliau daripada pengetahuan orang walaupun khadamnya sendiri Itulah mungkin kehebatan sebenarnya kitab Hidayah ini. Pengarangnya menulis dengan penuh taqarrub kepada Ilahi. Itulah yang dikatakan "Hidayah", "Petunjuk" yang mengetuk kealpaan setiap orang yang membuka lembarannya.
Itulah bezanya kita dengan orang dahulu. Mereka mencari kekuatan menulis dengan beribadat. Itulah sebenarnya motivasi mereka.
Hal inilah yang yang menjadikan saya tefikir-fikir sepanjang membaca kitab ini kepada sahabat-sahabat Basooir malam tadi. Betapa kuatnya rohani ulama terdahulu dan betapa kuatnya ilmu mereka. Sampai sekarang kitab mereka dibaca berserta doa yang setiasa dipanjangkan oleh para pembacanya kepada penulisnya. Semoga Allah memasukkan kita bersama golongan yang mukhlisin kepada agamanya. Ameen.

No comments:
Post a Comment