Friday, July 27, 2007

Dars Nizami

Jarang kita mendengar ungkapan Dars Nizami. Malah mungkin inilah julung kali ianya didengari. Kepada mereka yang pernah belajar di madrasah-madrasah bersistemkan pengajian madrasah ala India-Pakistan, Dars Nizami seharusnya tidak asing bagi mereka. Namun, malang sekali kerana tidak ramai yang mengetahuinya walaupun bertahun-tahun menuntut ilmu di bawah naungan apa yang dinamakan Dars Nizami itu.

Sebenarnya, Dars Nizami adalah satu curriculum pengajian islam yang disusun oleh Allamah Mulla Nizamuddin Firinggi Mahall (d.1748). Ia mula digunakan semasa pemerintahan kerajaan Islam Mongol India dibawah naungan Sultan Alamghir Aurengzeb (1619-1707). Tetapi, kurikulum ini bukanlah semata-mata lahir dari idea Mulla Nizamuddin, malah ianya terbentuk lanjutan dari susunan ulama-ulama terdahulu sebelum Mulla Nizamudin seperti Mir Fathuallah Syirazi, Mulla Abd Salam Lahori, Abd Salam Deiwi, Mulla Danial Churasi, Mulla Qutubuddin Sahali, Mulla Qutubuddin Shams Abadi, Mulla Amanullah Banarasi dan akhirnya final polish oleh Mulla Nizamuddin. Setelah runtuhnya kerajaan Islam Mongol melalui penjajahan British, kurikulum ini menjadi merosot dan tidak terarah. Ia kemudian dihidupkan kembali oleh sebuah institusi agama ala Al-Azhar Mesir yang diberi nama sebagai Darul Uloom Deoband. Ia ditubuhkan secara terancang pada tahun 1886M di sebuah kampung (pekan) bernama Deoband yang terletak kira-kira 153km (kira-kira 4 jam dengan keretapi ekspres) ke utara dari ibukota India yaitu New Delhi. Walaupun Dars Nizami telah melalui rentetan pindaan dari semasa ke semasa, namun kurikulum baru diperkenalkan tetap menggunakan namanya yang asal Dars Nizami sebagai menghormati sumbangan Mulla Nizamuddin. Hakikatnya, pengajian kitab-kitab turath di benua kecil India dewasa ini adalah pengajian kitab-kitab Dars Nizami dengan acuan pemikiran Shah Waliyullah Dehlawi (1702-1763). Sejarah lanjut tentang Dars Nizami boleh diperolehi dari kitab berbahasa Urdu Tarikh Darsi Nizami oleh Maulana Mumshad Ali Qasimi.

3 comments:

Ibnu Mutalib said...

masyaAllah.. mungkin pertama kali dengar. Sedikit-demi-sedikit untuk mendalami sistem kurikulum Deobandi, yang dikatakan sesetengah ustaz lulusan agama di India sebagai sistem tradisional.

Jazakallahukhair ustaz. Teruskan penulisan

IBNU ARAHMAN said...

ustz beljar d india ye.. mcm ne urusan kemasukan ke sana.ada peluang lagi ke?

Zaharudin Nawi/Aji said...

Setakat ini belum boleh