Kitab ini adalah sebuah kitab nahu bahasa Arab. Ia dikarang oleh seorang ulama yang bernama Abd Rahman bin Shamsuddin Ahmad Al-Asfhaani terkenal dengan gelaran Jami, juga dipanggil dengan gelaran Imaaduddin dan Nuruddin.Beliau dilahirkan di Khurasan pada tanggal 23hb Syaban 817H. Salasilah keluarga pengarang kitab syarah miatu amil ini berasal dari keturunan Imam Muhammad, murid Imam Abu Hanifah.
Kitab ini sebenarnya memuatkan seratus amil (عامل) yang lazim digunakan di dalam bahasa Arab.Oleh itu, ia sangat sesuai diajar diperingkat permulaan pembelajaran ilmu nahu beriringan dengan kitab-kitab nahu ibtidai seperti matan Al-Jrumiyyah, Nahu Mer dan seupamanya. Oleh kerana kemasyhurannya, kitab ini telah dijadikan sebagai teks wajib bagi madrasah-madrasah di benua kecil India yang terdiri dari negara seperti India, Pakistan dan Bangladesh.
Ia bermula dengan khutbah pengarang:

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد الله على نعمائه الشاملة وألائه الكاملة، والصلوة على سيد الأنبياء محمد المصطفى.....اعلم أن العوامل في النحو...مائة عامل
dan diakhiri dengan perbahasan mengenai amil feel mudhaari`:
وعند الكوفيين أن عامل الفعل المضارع تجرده عن العامل الناصب والجازم وهو مختار
ابن مالك رحمه الله
1 comment:
Assalamualaikum...
saya ingin bertanya, adakah miat 'amil ini matan nya ialah karangan Syeikh Abdul Qahir Jurjani atau karangan Saiyidi Abu 'Ali Al-Farisi...?
terima kasih
Post a Comment