Wednesday, December 2, 2009

Kembara Deoband 16 - Jama` Masjid

Jama` Masjid ialah masjid besar pekan Deoband. Di sini ditunaikan solat jumaat dan solat hari raya. Peranannya semakin bertambah bila ia dijadikan sebagai madrasah Darul Uloom Deoband Waqaf. Ia terdiri daripada dua ruangan besar. Ruangan pertama setelah menaiki tangga ialah ruangan besar yang terbuka tanpa atap. Berhadapan dengan tangga di ruangan tersebut ialah sebuah kolah besar untuk berwudhu. Mereka panggil hauz. Rata-rata orang yang datang bersembahyang lebih selesa mengambil air sembahyang mengunakan hauz jika dibandingkan dengan pili. Ruangan ini akan dijadikan tempat sembahyang pada musim panas untuk solat subuh, asar, maghrib dan isyak kerana udara di luar lebih nyaman. Solat zohor akan ditunaikan di ruangan dalam kerana waktu ini panasnya terik. Di sekeliling ruangan ini terdapat beberapa bilik. Di bahagian paling kiri ada sebuah bilik untuk muazzin. Manakala bilik-bilik yang lain dijadikan pejabat Darul Uloom Waqaf. Di bahagian atas bilik-bilik pejabat menaiki tangga dibina satu ruangan memanjang kiri-kira 20-30 meter panjangnya. Ruangan ini dijadikan kelas tahun akhir iaitu kelas Daurah Hadith. Ruangannya cukup untuk menampung 200-300 pelajar Daurah.

Ruangan lapang tempat solat pada musim panas.
Ruangan dalam ruangan solat utama dan kelas pengajian

Di hadapan ruangan besar ialah ruangan utama solat. Kedudukannya lebih tinggi daripada ruangan terbuka. Terdapat empat atau lima anak tangga perlu dilepasi untuk sampai ke ruangan ini. Ruangannya tidaklah terlalu besar. Cukup untuk mengisi seramai tiga hingga empat ratus jemaah. Ruangan ini dijadikan bahagian utama untuk kelas-kelas pengajian madrasah Darul Uloom Waqaf. Kelas dibahagikan secara kelompok. Kelompok kelas 1 hingga kelas 7. Tidak ada dinding yang membatasi. Yang menjadi penanda hanyalah tiang-tiang masjid. Hampir semua sudut diisi dengan kelas. Sudut-sudut yang jauh dipilih untuk mengelakkan gangguan bunyi dari kelas yang lain. Namun suara bertindan tetap kedengaran. Sebahagian besar kelas mempunyai meja panjang pelajar yang dinamakan tipai. Selepas kelas tipai-tipai akan disimpan ditepi-tepi dinding. Hanya kelas Daurah Hadith sahaja memakai microphone kerana jumlah pelajarnya yang ramai iaitu kira2 200-300 orang.

4 comments:

Hamba Allah said...

ustaz..

1. bagaimanakah kos hidup di sana? (antaranya yuran pengajian)

2. dari manakah sumber kewangan madrasah?. Madrasah hidup subur di bumi non muslim.

3. kalaulah masjid Wilayah persekutuan atau Masjid UIA (masjid yang besar2 tu) diadakan majlis ilmu ala madrasah deoband. Bahagia rasanya.

Aji said...

1-Kos masatu murah. Rm100 sebulan cukup dah utk hidup. Anapun terima duit 100 rgt sbuln je. Tapi berkat. Bolh beli byk kitab. Yuran free. Tmpt tinggal free kalu tinggal di asrama madrasah.Makan free kalu sanggup makan makanan madrasah.Buku pinjaman diberikan kalau tk mahu beli. Duit hanya utk keperluan luaran. Contohnya: Nak beli kitab sendiri. Nak byr fees pendaftaran di pjbt polis. Nak musafir kdg2 ke mana2. Nak makan sedap kdg2.Nk beli baju. Nak ke klinik etc.

2- Sumber keewgn madrasah dr zakat dan sedekah masyarakt tempatan. Kita di sini bagi kat lembaga zakat dan majlis agama. Mereka bagi kat madrasah. Tiada sumber lain kecuali tu aje. Madrasah tk terima sumbgn mana2 kerajaan dan duit yg meragukan di sisi mereka. Merka lebih ptgkn tawakkal.

3- Di Malaysia suasana berlainan. Masjid ada fungsinya yg tersendiri. Orgpun ada kesibukan yg tersendiri. Tapi sepatutnya gitulah. Dgn kemudahan yg ada patut memudahkan pengajian ilmu yg serius di masjid2. Bukan sekadar nk dpt Rm100 per hour kuliah mghrib/subuh je. Saya pernah lihat Dr Abu laith bagi kuliah pengajian hadith tiap2 selepas asar 2x seminggu di masjid uia yg pendengarnya hanya seorg sj!!!! Tak tahu lah tk minat ke atau sibuk ke. Atau dah alim.

Anonymous said...

bagaimana cara mendaftar di darul uloom deoband dan apa saja syaratnya

Zaharudin Nawi/Aji said...

Tiada syarat apa2. Terpulang nk masuk kelas apa. Hanya perlu ikuti exam kelas mana yg nak. Kitab2 utk diuji akan diberikan utk dibaca sblm diuji. Sekrg dah tak boleh belajar kerana kerajaan India menyulitkan pemberian visa dan permit tinggal.