Selepas
solat Zohor di surau saya keluar untuk pulang ke rumah. Ada makcik
berpangkat nenek dengan motorsikalnya di belakang kereta saya. Dia
menunggu-nggu ingin memberi laluan kepada saya mengundurkan kereta
terlebih dahulu. Berdekatan dengan surau ada gerai menjual goreng
pisang milik Man Soya, ajk surau,. Saya singgah untuk membeli roti di
situ. Bukan roti kilang, tetapi roti yang dibuat di rumah oleh salah seorang ahli surau kami.
Sedang saya bertanya pembantu gerai tentang roti tiba-tiba nenek itu
datang dan parking motosikalnya berdekatan dengan gerai. Dia menghala ke
gerai. Dia menghulurkan satu plastik berisi syiling kepada pembantu
kedai itu. Kata dia "berikan kepada surau'. Saya tercengang dan
bertanya: 'Masukkan ke dalam tabung surau ke? Sedekah ke?". Dia
mengangguk menyatakan 'ya'. Dia terus menaiki motosikalnya dan pergi. Di
belakang motosikalnya ada raga.
Setelah dia pergi saya
bertanya pembantu gerai itu yang juga seorang wanita. Siapa dia nenek
itu. Kata dia: "nenektu tinggal di pangsapuri apartment Julia berdekatan
dengan rumah saya. Dia orang Sabah". Saya bertanya apakah kerjayanya.
Beliau menjawab; "Kutip botol dan barang-barang yang orang buang". Saya
kata tak boleh jadini orang kutip botol guna duit untuk bersedekah saya
pulak beli roti. Saya terus menghulurkan duit kepada pembantu gerai
itu untuk dicampur bersama dengan duit-duit syiling nenek tadi.
Saya merasakan Allah ingin menegur saya dengan cara ini. Kamupun kena bersedekah walaupun duit tak banyak.
Betapa dalam dunia ini ramai orang miskin yang hatinya kaya. Oleh
kerana itu mereka tidak kisah dengan kemiskinan mereka. Betapa dalam
dunia ini ramai yang kononnya berjuang membela hak orang miskin tetapi
hatinya miskin dan bersikap prejudis dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment