Saturday, December 12, 2009

Anekdot Ulama 11: Iqbal Tawadu` Dalam Berilmu

Allamah Iqbal (1877-1938) bukan sahaja seorang penyair, pemikir dan statesman malah beliau juga seorang ahli falsafah. Banyak tajuk perbincangan di dalam falsafah yang menjadi ma`rakatul aaraa (causing great diversity opinion) di kalangan ahli falsafah. Di antaranya ialah perbincangan mengenai hakikat 'masa' dan 'tempat'. Allamah Iqbal juga turut memikirkan tentang masalah 'masa' dan 'tempat' ini secara mendalam tetapi tidak mencapai kepuasan tentang natijah atau kesimpulannya. Untuk itu beliau telah menulis surat kepada muhaddith Deoband, Maulana Anwar Shah Kashmiri (1875 -1933). Maulana Anwar Shah Kashmiri mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam memahami perkara-perkara yang sulit di dalam falsafah. Di dalam koleksi surat menyuratnya Iqbal ada menyebut bahawa dia mendapat manfaat yang banyak daripada jawaban yang diberikan oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri tentang hakikat masa dan tempat dalam falsafah. Malangnya menurut Maulana Anzar Shah Kashmiri (1929-2008), anak Maulana Anwar Shah Kashmiri, surat jawaban itu telahpun hilang. Begitulah tawadu`nya Iqbal. Apabila beliau tidak faham akan sesuatu perkara beliau tidak segan bertanya kepada sesiapa yang layak walaupun beliau memiliki doctorate dalam bidang falsafah. (Rujukan: Naqsh -i- Dawami, 121).

Maulana Anzar Shah Kashmiri

Persemadian Maulana Anwar Shah Kashmiri
Di Deoband



2 comments:

Anonymous said...

bagaimana cara mendaftar menjadi murid darul uloom deoband.mhon bantuan ustadz

Zaharudin Nawi/Aji said...

Dari tahun 1990-1996 ada beberapa org shaja peljr Malaysia dan pelajar asing. Tahun 1997-2004 ustaz seorg sj yg tinggal. Tiada pelajar baru dapat mendaftar. Tekanan dari kerajaan India ke atas madrasah. Pelajar asing tidak diberikan visa. Kalau diberikan visa pelajar tidak pula diberi permit untuk tinggal di India nanti. So, dah tak boleh beljr di Deoband lagi setakat ini. Awal 2009 ustz pergi baruni pun tak ada org asing dah belajr di sana.