Semenjak di sekolah rendah lagi saya sangat suka bersukan. Saya hanya pergi sekolah kerana nak bersukan. Sukan bolasepak terutamanya. Bukan setakat di sekolah malah di rumah juga saya asyik ke padang di belakang rumah. Kemajuan pelajaran saya tak pernah saya kisah cuma yang saya ingat-ingat saya cuma dapat mengekalkan duduk dalam kelas A sahaja. Dari darjah 4 saya sudah mewakili sekolah. Seterusnya mewakili daerah Kuala Krai. Sukan lain yang saya wakili sekolah ialah lumba lari, hoki, badminton dan sepak takraw. Manakala diperingkat daerah bolasepak, badminton, hoki dan sepak takraw. Untuk solat lima waktutu jauh sama sekali ditunaikan penuh. Bila emak suruh baru buat. Hari-hari jumaat tu ayah bawalah ke masjid untuk solat Jumaat. Itulah satu-satunya masa saya ke masjid. Pasal ngaji Quran emak hantar juga mengaji dengan imam masjid Kuala Krai dan Mok Wan. Dengan Imam ketika tinggal di Jalan Gale. Dengan Mok Wan ketika berpindah ke Jalan Halimah Guchil. Mengajipun kadang-kadang ponteng juga bila terpaksa hinggap di pokok jambu yang lebat berbuah.
Masih sama dengan kami tinggal tahun 70an walaupun agak usang
Semuanya bermula di jalan Halimah, rumah terakhir kami tinggal di Kuala Krai. Rumahtu kuarters kerajaan kerana ayah bekerja dengan kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia sebagai operator wayang gambar. Sebelumtu sekian lama kami menyewa di Jalan Gale berdekatan dengan masjid daerah Kuala Krai. Rumah di jalan Halimah terletak di atas bukit. Rumah teres berkembar. Rumah kami terletak di corner lot menghala ke jalan utama ke bandar Kuala Krai. Petang-petang kami sekeluarga duduk di tepi bukit melihat lalu lintas di jalan raya dan pemandangan bukit bukau di depan rumah kami. Sekolah darjah enam sudah tamat. Cuti akhir tahun tak ke mana. Saya menunggu untuk naik ke tingkatan satu. Seperti biasa setiap petang kami memandang ke bawah, ke batang jalan raya dan padang rumput yang terbentang luas di sebelahnya. Dua tiga ekor kambing yang emak bela sedang merumput di situ.
Bahagian belakang rumah kami di Jalan Halimah. Di ambil pd tahun ini 2010. Pintu garage zink di bahagian kanan gambar yang asalnya bahagian dapur yang ayah buat akhir tahun 70an masih kekal tidak diusik. Bahagian belakang ini juga tempat emak bercucuk tanam; tanam lada, peria dan sayuran lain. Di situ juga ada reban ayam dan kandang kambing peliharaan emak. Oleh kerana dia seorang suri rumah sepenuh masa maka banyaklah aktiviti yang dia lakukan supaya tanah disekliling tidak terbiar. Kini tidak didiami oleh sesiapa. Malah kesemua rumah di taman itu hampir kosong, lusuh dan dah nak runtuh. Hanya satu dua sahaja masih didiami orang. Keadaan taman yang ditumbuhi lalang semacam kerajaan tidak berminat lagi mengekalkan statusnya sebagai tapak perumahan. Semacam ada projek lain di kemudian hari.
Suatu hari saya melihat seorang lelaki berbasikal turun daripada bukit perumahan kami menuju ke bandar. Jarak ke bandar lebih kurang 5 atau 6 kilometer. Dia berkain sarong dan bersongkok. Saya bertanyakan emak Abang Tar (for Mokhtar) tu nak kemana. Mak kata dia nak ke masjid Kuala Krai di bandar sana. Masjid tulah tempat saya mengaji Quran ketika tinggal di Jalan Gale dulu. Abang Tar tinggal di taman kami juga. Dia bekerja dengan Jabatan Tanah kalau tak salah. Waktutu dia ada seorang sahaja anak, anak perempuan, Wani , yang masih kecil. Isterinya kami panggil Kak Jah (not sure). Mereka berdua masih muda. Setiap hari Abang Tar akan berbasikal ke Masjid Kuala Krai untuk solat maghrib dan Isyak. Entah macam mana terkeluar perkataan daripada mulut saya "nak ikut Abang Tar boleh tak". Mak kata esok readylah ikut abang Tar. Kebetulan waktutu saya ada sebuah basikal chopper hadiah dari emak kerana dapat no satu dalam kelas semasa tinggal di Jalan Gale. Sayapun dah tak ingat no satu di tahun berapa. Keesokan harinya saya menunggu-nunggu Abang Tar. Tapi nasib tak baik dia dah pergi dulu. Saya mengekori dari belakang. Bila sampai di masjid solat dahpun bermula. Saya pulang sahaja kerana tak tahu nak ikut macam mana. Belum reti hukum masbuk muwafik. Untuk mengelakkan daripada tertinggal jemaah, keesokan harinya saya berwaspada agar Abang Tar tidak terlepas dari padangan saya. Akhirnya saya sampai ke masjid dan berjaya solat bersama takbir Tok Imam dan Abang Tar.
Mulai daripada saat itu saya tidak lagi meninggalkan masjid dan solat berjemaah. Di mana-mana pun saya pergi hati sentiasa tertambat dengan masjid. Bola dan permainan lain mula saya lupakan. Saya tidak mempunyai rangsangan untuk bermain lagi. Itulah bibit-bibit awal yang menjadi punca akhirnya saya berkelana dan berkembara di bumi India selama berbelas-belas tahun. Itulah keramat Abang Tar seorang lelaki biasa yang dengan sebab amalannya yang istiqamah itu memancarkan suatu nur yang dapat mengubah seorang budak biasa mengenal Kalam Allah, Sabda Rasul dan Qaul ulama kemudian hari.
2 comments:
Allah Maha Besar.
segala puji bagi Allah menjadikan alam..
hina sungguh diri saya merangkak usia baru nak mendalami agama.
walaupun duk depan masjid malas nak ke masjid. hari2 saya hendap mat yusof(seorang sahabat) yang selalu ke masjid. satu hari saya ikut dia.. alhamdulillah, sejak hari itu saya gemar ke masjid..
alhamdulillah.
subhanallah. ustaz, simple tapi indah cara Allah menghadiahkan hidayahNya pada ustaz.......
Post a Comment