Wednesday, October 20, 2010

Tetamu Saya Dr Deitrich Reetz

Saya menerima sms daripada seorang yang tidak dikenali beberapa bulan yang lalu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr Deitrich Reetz dari German. Dia memperolehi nombor hp saya daripada Ustaz Surur Sahabudin dan Prof Dr Israr. Dia sedang membuat kajian terhadap institusi pengajian Islam di South Asia termasuk Darul Uloom Deoband. Oleh kerana saya lepasan Deoband maka dia ingin mendapatkan maklumat daripada saya tentang kajiannya itu. Banyak kali juga Dr menghubungi saya tetapi gagal utk berjumpa. Oleh kerana masa tidak mengizinkan akhirnya dia berlepas ke Indonesia untuk tujuan yang sama.

Dr Deitrich Reetz

Ketika saya memandu kereta tengahari kelmarin saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Entah kenapa hati saya ingin menjawabnya. Biasanya saya tidak menjawab panggilan yang tidak dikenali. Bila saya memicit butang answer terdengar suara seorang orang putih memperkenalkan dirinya sebagai Dr Deitrich dalam bahasa Inggeris. Sebelum ini saya belum pernah bercakap dengannya. Dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa dengan saya. Saya mempelawanya datang ke rumah kerana saya free pada waktu pagi hingga tengahari. Dalam kesusahan perjalanan mencari rumah saya akhirnya DR sampai juga. Dia datang dengan seorang pelajar Melayu yang kebetulan sedang cuti semesta di Universiti di German. Sebelum Dr sampai saya cuba melihat sedikit maklumat tentang Dr Deitrich di internet. Memang dia menulis banyak artikel tentang muslim di South Asia. Kebetulan artikel yang saya sedang baca itu memperlihatkan sikap tidak prejudis Dr terhadap masyarakat Islam dan madrasah. Saya amat terperanjat juga kerana Dr boleh bertutur dalam bahasa Urdu dengan baik. Katanya dia belajar Urdu di Universiti sebelun percantuman German Timur dan German Barat. Antara maklumat yang ingin diketahui oleh beliau ialah tentang medan-medan penglibatan yang diceburi oleh ex-Deoband setelah pulang ke Malaysia. Ini berikutan bidang pengkhususan beliau ialah tentang political science.

Apa yang menarik tentang Dr Reetz ialah sikapnya yang humble. Kesungguhannya dan ketidak putusasaannya sehingga sanggup menghubungi saya berkali-kali dan datang sendiri menemui saya. Malah dia pernah ke India dan Pakistan. Pernah ke Deoband ketika saya masih berada di sana tetapi kami tidak ditakdirkan bertemu. Kesungguhannya mempelajari bahasa Urdu sesuai dengan kajiannya yang meyentuh muslim di India dan Pakistan.

Selepas menemui saya kata Dr dia ada temu janji pula dengan Prof Abu Lais di UIA. Saya memberitahu beliau bahawa Prof adalah bekas supervisor saya dan isteri ketika Master dahulu. Kemudian dia akan terus ke airport untuk ke Singapura kerana ingin menziarahi madrasah tabligh di sana. Dr juga memberitahu saya bahawa dia sememangnya ada anak isteri dan kata dia I`m not Muslim. Saya mendoakan semoga suatu hari nanti Dr akan diberi hidayah oleh Allah SWT. Kedatangan Dr Reetz ke rumah saya juga telah menambahkan lagi semangat isteri saya untuk mempelajari bahasa Urdu kerana kajiannya berkenaan dengan Maulana Muhammad Taqi Usmani, tokoh ulama Pakistan yang mana sebahagian besar tulisannya adalah dalam bahasa ibundanya Urdu.

1 comment:

Anonymous said...

nanti ajar kak long jgk bahasa urdu ayah ding!!!
haha
tp slom tu...i need to refreash my arabic back..haha