Banyak kesah-kesah aneh di madrasah diceritakan dari mulut ke mulut. Umur madarasah yang sudah menjangkau 200 tahun lebih sudah tentu sarat dengan cerita. Antara cerita orang ialah kalau menghafal Quran di Naudarah cepat ingat kerana tempatnya yang berkat. Dek kerana itu dari awal-awal kedatangan saya lagi saya melihat ramai pelajar duduk di suatu kawasan yang agak panjang berhadapan dengan kelas-kelas tahun 5 dan 6 menghayun-hayunkan kepala mereka untuk mengingati Al-Quran. Kemudiannya saya diberitahu tempat itu namanya naudarah. Di hadapannya ihatah Maunsri, tempat solat jenazah. Pelajar memenuhi naudarah ketika waktu Maghrib hingga Isya. Waktu itu ialah waktu yang diperuntukkan untuk menghafal sabqi iaitu ayat baru yang akan ditasmi`kan (dibaca) di hadapan guru esok pagi. Naudarah hanya dihampari dengan kain guni. Lampu yang dipasang hayalah beberapa biji mentol yang mengeluarkan cahaya kuning. Ia digantung pada ceiling yang agak tinggi menjadikan cahaya yang sampai ke bawah amat suram. Begitu juga dengan kipas tidak cukup menghilangkan kepanasan terutama bila naudarah dipenuhi dengan pelajar. Walaupun penuh pelajar tetap juga datang walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Suara bergema tidak terhingga. Kita tidak mendengar apa yang kita baca disebabkan masing-masing membaca dengan suara yang kuat. Ada yang bertanding kuat. Kerana ingin mengetahui keberkatan naudarah saya mencuba. Setelah mencuba sehari keesokkan harinya saya datang kembali. Memang benar apa yang dikatakan. Apabila menghafal di Naudarah cepat ingat. Bila melihat semua bersemangat menghafal, maka kitapun tumpang semangat. Tumpuan ke lain hilang. Fokus hanya kepada Quran. Suara kiri kanan menjadi fana`. Kitapun akhirnya fana` dengan hafalan. Hampir sejam di Naudarah satu page atau dua page Quran sudahpun dapat dihafal tanpa disedari. Naudarah tidak hanya suatu cerita malah saya bukan sahaja diberi rezeki menghafal Quran di Naudarah tetapi kitab-kitab yang lain juga...matan Nahu Mir, Hidayat-u Nahw, Kafiah Ibnu Hajib, Mizan-us Sarf, Ilm-u Sighah, Panj Ganj, Maqamat Hariri, Dewan Mutanabbi.... ada yg semua ada yg hanya a small portion of it.
No comments:
Post a Comment