Pengajian ini diadakan seminggu sekali, pada setiap hari Rabu, selepas isyak selama satu setengah jam. Kelas ini bermula dari kosong pada tanggal 20/10/2008 dengan mempelajari tatabahasa Arab dan ilmu saraf terlebih dahulu. Lama kami belajar sambil bersila kerana tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk dijadikan kelas. Setelah sekian tahun barulah rupa bilik darjah dapat diadakan setelah pihak surau menambahkan binaan baru untuk ruangan solat muslimat. Ruangan ini juga digunakan untuk kelas pengajian khusus yang memerlukan kerusi meja.
Jangan terkejut jika saya juga mengunakan Maktabah Syamilah yang
sepenuhnya berbahasa Arab dan tidak berbaris untuk menunjukkan berbagai
tafsir juz Amma kepada mereka!!!! Saya berharap dengan berbuat begini
suatu hari mereka akan terbiasa dengan teks Arab tidak berbaris.
Doakan semoga kami diberikan taufik oleh Allah untuk meneruskan pengajian dengan surah atau juz yang lain pula selepas hari raya ini.
Bergambar dengan sebahagian pelajar.
Doakan semoga kami diberikan taufik oleh Allah untuk meneruskan pengajian dengan surah atau juz yang lain pula selepas hari raya ini.
Bergambar dengan sebahagian pelajar.
No comments:
Post a Comment