Di antara kelemahan atau kealpaan sistem pengajian madrasah menurut Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani مفتی محمد تقی عثمانی
ialah tiadanya kawalan dalam metod pengajaran. Oleh yang demikian
terjadilah penekanan yang keterlaluan dalam bab-bab ibadat dan akidah
dalam pengajian mereka tetapi terlalu dhaif dalam bab muamalat dan
akhlak.
Oleh itu bab-bab dalam kitab fekah dan hadith tidak
diajar secara seimbang. Kitab yang mencangkupi keseluruhan bab, yang
seharusnya khatam dalam masa 10 bulan
secara saksama kerapkali berakhir dengan satu pertiga sahaja kitab
dihuraikan secara terperinci sehingga memakan masa selama 8 bulan.
Kebanyakannya menyentuh bab-bab taharah, solat, puasa dan haji. Paling
jauh huraian yang dapat dihidangkan hingga bab munakahat atau nikah
kawin. Bab-bab seperti jual beli , mua`asyarah dan akhlak yang terletak
di separuh akhir kitab selalunya menjadi mangsa.Hanya 2 bulan masa yang
ada untuknya. Bahkan hanya ditilawahkan untuk mencari keberkatan khatam
kitab tanpa huraian yang mencukupi.
Natijahnya pelajar madrasah tidak memilki ilmu yang cukup dalam bab
jual beli atau ekonomi, politik dan ilmu kemasyrakatan sedangkan ilmu
ini yang paling challenging di zaman ini. Kejahilan orang alim akan
menatijahkan kejahilan orang awam. Ini akan menjuruskan mereka ke lembah
syubahah dah haram.
Maualana juga kesal dengan penglibatan yang sedikit alim ulama aliran madrasah dalam bab ekonomi dan politik Islam. Walaupun ada di merata-rata tempat fatwa mereka dalam bab ini namun ia tidak mencukupi kerana perubahan zaman yang amat kencang. Seharusnya perlu ada dirasah yang serius. Beliau memuji usaha ulama-ulama Arab dewasa kini yang telah memperkayakan perpustakaan Islam dengan tulisan-tulisan ekonomi Islam secara serius. Bab berasingan dalam buyu` atau jual beli telah menjadi unit yang besar untuk dibincangkan. Wakaf, hibah, mudharabah dsb telah menjadi pengajian yang berasingan dengan tatbiq yang sesuai dengan zaman.
Maualana mengakui beliau telah membeli semua buku-buku itu untuk diletakkan dalam perpustakaan madarasahnya untuk bacaan dan rujukan pelajar dan asatizah. Beliau juga menubuhkan pengajian ekonomi modern di madrasahnya itu.
Bagus sekali Maulana Taqi kerana peka dengan realiti. Itulah seharusnya sikap seorang muslim apatah lagi seorang alim. Beliau memuji madrasah di tempat yang harus dipuji dan memberi peringatan di tempat yang harus diberi peringatan supaya seseorang itu tidak leka dengan sistem di mana dia berada.
(petikan daripada buku Urdu Maulana Taqi: Islam dan Masalah Kehidupan Moden)

No comments:
Post a Comment