Zawawi adalah kawan sekolah saya ketika sekolah rendah di Kuala Krai
Kelantan. Kami berpisah semenjak 1980 lagi. Alhamdulillah, baru tahun
ini dapat jumpa kembali melalui jejak facebook.
Ringkas cerita
Zawawi pernah menjadi anak murid bahasa Arab pertama Ustaz Toha di Kota
Bharu. Kini Zawawi tinggal di Dengkel dan mengendalikan catering Pesona
milik beliau dan seorang kawannya yang lain selaku cook. Menurut Zawawi sampai ke hari
ini mereka masih berhubungan terutama menerima Ustaz Toha sebagai
tetamu jika beliau datang ke KL. Ustaz Toha adalah orang putih yang berasal daripada Amerika.
Beliau memeluk Islam ketika masih di sana. Kemudian beliau berkahwin dengan pelajar
Malaysia daripada Temerloh ketika di US. Kemudian beliau ke Madinah untuk mempelajari
bahasa Arab.
Zawawi dgn Pesona Cateringnya
Hari ini Ustaz
Toha datang ke KL atas urusan passport. Zawawi mengambil kesempatan
untuk memperkenalkan gurunya itu kepada saya. Beliau membawa Ustaz Toha
ke rumah saya sebaik selesai urusannya itu. Kebetulan saya tidak pergi
mengajar hari ini. Ustaz Toha baru berumur 46 tahun iaitu lebih muda
daripada saya dua tahun.
Ustaz Toha memang pengajar bahasa Arab
sejati. Beliau tidak jemu-jemu bercakap Arab. Seolah-olah bahasa Arab
menjadi percakapan hariannya. Kadang-kadang sahaja keluar kalimah
Kelantan dari mulutnya. Itupun kerana bergurau.
Sambil menjamu selera makan tengah hari kami banyak bersembang. Seronok juga mendengar pengalamannya mengajar bahasa Arab. Saya banyak juga bertanya tentang manhaj yang dia prefer dalam pengajaran bahasa Arab dan suka dukanya dalam bidang ini. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan specialist bidang ini tetapi tidak melupakan kepentingannya.
Walupun lama di Kelantan nampaknya loghat Kelantan lebih sukar bagi Ustaz Toha berbanding bahasa Arab. Beliau menetap di Kelantan dari tahun 90an lagi. Tetapi hanya belajar bahasa Arab 3 tahun di markaz lughah di Universiti Madinah. Kemudian terus mengajar bahasa Arab di bumi Malaysia sampai ke hari ini. Beliau adalah murid kepada V. Abd Rahim, penulis buku Madinah Arabic yang terkenal itu. Beliau banyak memuji V.Abd Rahim gurunya itu. Malah ada bercerita juga tentang kisah-kisah menarik tentang V. Abd Rahim.
Tak ramai di kalangan kita orang Melayu yang menghayati kehidupan sebagai muallim seperti Ustaz Toha. Hidup yang penuh dengan kesederhanaan dan berjuang menghidupkan bahasa Arab Fusahah yang bukan bahasa ibundanya. Beliau tidak kisah untuk tidak makan gaji. Yang beliau kisahkan bagaimana hendak memelihara dan mengembangkan ilmu bahasa Arab yang dia telah pelajari.
Ustaz Toha Amerika

No comments:
Post a Comment