Saya tinggal di Deoband India hampir 15 tahun. Mazhab Darul Uloom
Deoband dan penduduknya ialah Hanafi yang agak longgar hukum tentang
anjing. Kebetulan Deoband banyak anjing. Kadang-kadang anjing melintas
sambil mengesel kita. Kadang-kadang anjing berendam dalam parit kerana
terlalu panas. Kemudian menghentak-hentak bulunya. Apa lagi air
terpereciklah mengenai orang yang lalu lalang.
Dalam kemudahan begitu hampir seratus peratus umat Islam Deoband tidak bela anjing di rumah
apatah lagi jadikan ia sebagai "pet". Tapi mereka bela anjing untuk
jaga kebun juga. Kebun mereka besar-besar. Bila saya masuk kebun selalu
disalak anjing untuk gigit orang yang tidak dikenali. Bila tuannya kata
diam maka anjing itu lari atau duduk diam.
Setahu saya hanya sebuah rumah yang pelihara anjing dalam rumah.
Anjingnya hitam pekat pulaktu. Kita panggil dia "uncle ji" . Budaya
Inggeris sikit tapi tidak pernah dilihat pakai kot. Pakai kurta pajama
sahaja macam pakaian yang dipakai oleh maulana. Anak-anak semua sekolah
orang putih. Boarding school di kawasan bukit, tempat anak orang
kaya-kaya bersekolah. Uncle seorang kaya kerana banyak tanah dan ladang.
Kita panggil orang kaya "zamindar" (tuan yg banyak tanah). Tapi uncle
jarang datang "masjid" walaupun masjid hanya bersebelahan dengan rumah.
Saya lupa tanya khabar tentang uncle sejak pulang. Mudah-mudah Allah
memelihara uncle sekeluarga dalam iman
No comments:
Post a Comment