Kejadian pelik telah berlaku. Kitab "Fatwa Maulana Taqi" ada dalam
senarai kitab yang telah kami beli dari Pakistan. Ada 70 lebih tajuk
kitab Maulana yang kami telah beli. Setiap satu saya telah membuat
ulasannya kecuali kitab "Fatwa Usmani" ini kerana ia tiba-tiba hilang.
Puas dicari tak jumpa-jumpa. Padahal semua kitab Maulana Taqi diletakkan
di rak yang khusus. Masa berganti masa. Hampir saban waktu saya
bertanya isteri di mana pergi kitab itu. Adakah kita telah beli atau tidak.
Hampir saban waktu saya mencarinya di rak bukunya tapi tak jumpa-jumpa.
Kadang-kadang saya angkat buku satu persatu kut-kut saya terlepas
pandang. Bukan sehari dua saya mencarinya di rumah. Makan tahun juga.
Kerana berputus asa saya bertanyakan kembali kedai kitab di Pakistan
untuk membelinya semula. Saya juga mencarinya dalam internet dan
menemuainya. Tak puas hati membaca pdf saya cekal untuk memesannya
semula.
Tiba-tiba saya masuk semula ke bilik buku yang terletak di tingkat 3, tingkat paling atas untuk mencari buku lain. Bilik bacaan saya terletak di tingkat paling bawah. Di rak kitab maulana Taqi yang sama saya terpandang dua jilid kitab berwarna hitam. Saya mendekatinya dan terkejut melihat kitab itu adalah kitab "Fatwa Usmani" yang saya cari-cari itu. Betapa gembiranya saya. Saya bawa kitab itu dan tunjukkan kepada isteri. Dia juga mengakui bahawa kitab itu ada pada hari pertama ia sampai bersama kitab lain. Malah dalam senarai kitab yang dipesan tertera tanda "right" menunjukkan yang dipesan itu sampai. Seingat saya kitab ini pernah dipinjam oleh seorang pelajar Bangladesh yang waktu itu sedang menulis tesis MA dalam bidang Fekah di University Malaya dan dia telah memulangkannya.
Apakah mata saya dihijabkan selama ini? Atau ada makhluk lain yang meminjam untuk membacanya?.......
Ada satu lagi kitabnya yang hilang. Iaitu jilid pertama dari 6 jilid kitab berjodol "Islahi Majalis". Masih menunggu kalau ia datang semula.

Kitab Fatawa Usmani Yg ditemui semual
Apakah mata saya dihijabkan selama ini? Atau ada makhluk lain yang meminjam untuk membacanya?.......
Ada satu lagi kitabnya yang hilang. Iaitu jilid pertama dari 6 jilid kitab berjodol "Islahi Majalis". Masih menunggu kalau ia datang semula.
No comments:
Post a Comment