Sunday, October 10, 2010

Anekdot Ulama 37: Maulana Salman An Nadawi

Pada awal tahun 90an saya kerap juga mengunjungi Nadwatul Ulama ketika belajar di Darul Uloom Deoband. Ketika itu pelajar Malaysia kebanyakannya belajar di Nadwah. Suatu ketika saya diajak oleh senior di situ untuk masuk ke kelasnya. Kelas waktu itu ialah kelas Tirmizi yang diajar oleh Maulana Salman An Nadwi. Saya terpegun dengan kefasihan bahasa Arabnya. Dia mengajar dalam bahasa Arab untuk kelas-kelas foreigner kerana Nadwatul Ulama mengasingkan pelajar2 asing dengan pelajar2 tempatan. Maka sebab itu keluaran Nadwah pada tahun 90an tidak mahir berbahasa Urdu disebabkan medium yang mereka gunakan ialah Arab. Saya juga pernah mengikuti program2 anjuran Muslim Student Union yang kebanyakannya terdiri daripada orang Arab yang belajar di seluruh India. Ramai pelajar Arab belajar di universiti2 India pada tahun 90an. Dalam program mereka itu mereka juga pernah menjemput Maulana Salman An Nadwi menyampaikan ceramah untuk golongan pemuda Islam. Di situ juga saya terpegun dengan kebolehan Maulana Salman berpidato dalam bahasa Arab.

Dua tiga hari yang lepas saya diberitahu tentang kunjungan Maulana Salman ke Malaysia. Di Radio IKIM juga diiklankan program penyampaian sanad hadis oleh Maulana di rumah Ba`lawi di belakang zoo negara yang akan diadakan selepas maghrib pada 9/10/2010 hari sabtu. Saya dan isteri ke sana. Ketika saya melihat Maulana Salman tahun 90an dahulu dia berjanggut hitam tetapi malam itu saya melihat janggut Maulana sudahpun bertukar menjadi putih. Itu menandakan umur Maulana sudahpun meningkat dan ilmunya menjadi semakin matang. Sebelum menyampaikan sanad Maulana memberi satu tazkirah tentang pentingnya berpegang kepada Quran dan Sunnah. Maulana juga berpesan kepada yang hadir agar memandang sanad yang diberikan olehnya itu sebagai satu amanah dan bukannya taqlid atau adat semata-mata. Maulana diiringi oleh Ustaz Fahmi ZamZam yang merupakan anak muridnya ketika di Nadwah. Ustaz memberitahu dia belajar kitab Tirmizi dengan MAulana Salaman pada tahun 1980.

Rumah Ba`lawi terletak di kawasan perumahan mewah. Rumah itu juga termasuk rumah orang kaya-kaya. Saya difahamkan rumah itu juga dijadikan tempat mengendalikan program ilmu Ustaz Fahmin Zamzam. Di dinding-dindingnya banyak gambar. Ada foto ulama. Ada frame hiasan ayat-ayat dan kalimah Allah. Ada gambar-gambar peninggalan nabi saw seperti serban, pedang dsb. Di dinding menaiki tangga terdapat satu gambar besar Sheikh Alawi Maliki. Secara peribadi saya amat gelisah dengan gambar-gambar manusia yang diletakkan sebegitu. Teringat saya kepada satu peristiwa ketika saya belum lagi ke India. Saya diajak oleh kawan mengunjungi rumah Raja Azman yang merupakan orang penting dalam tariqat yang dibawa oleh Sheikh dari Cyprus, Sheikh Nizamuddin Kabbani. Bila saya masuk saya lihat satu potret Sheikh Nizamuddin yang sangat besar digantung di dinding rumahnya. Waktu itu lagi saya tak berapa senang dengan tabiat mengantung-gantungkan gambar Sheikh sebegitu. Bila belajar di India saya dapati ulama-ulama India Deobandi sangat keras dengan gambar. Mereka mengizinkannya sekadar keperluan sahaja spt utk passport, kad pengenalan, lesen, isi borang dsb. Mereka juga bertasawwuf tetapi anak murid tidak dibenarkan mengambil gambar sheikh apa lagi menggantungkannya. Pada saya biarlah kita mencintai ulama di hati, bukan dengan menggantungkan gambarnya dengan gambar2 yang besar di rumah. Kalau mahu cukuplah simpan dalam album. Atau dalam bentuk yang tidak menampakan ta`zim. Gejala seperti ini boleh membawa kepada tashyabbuh dengan orang kafir dan syiah. Raya baru ini saya balik ke Kelantan. Saya bersolat di dua buah surau di Pasir Hor berdekatan dengan rumah adik saya. Saya dapati kedua-dua surau itu menggantungkan dua potret besar Tok Guru di pintu masuk dewan utama solat!!!! Hati saya berkata: "rumah ibadat dah jadi seperti kedai gambar!!!

5 comments:

Anonymous said...

assalamulaikum ustaz

pengikut kadang kala tak faham..

Talib said...

Allah,dekatnya Pasir Hor. RUmah Ustaz di mana?

Anonymous said...

Kenapa tak di hebahkan maulana datang nak menyampaikan sanad hadith... kami pun nak jugak sanad... takkan nak beza2kan graduan deoband dgn graduan2 dari tanah arab kot

Zaharudin Nawi/Aji said...

Dah dihebahkan di radio IKIM. Sayapun dpt tahu dari IKIM. Di blog2 lain pun dihebahkan. Yg dtgtu tak byk graduan India. Graduan lain dan org awam. Yang bekas graduan Nadawi mereka buat di Rehal Damansara sehari sebelumtu.

Iwani Khalid said...

Ustaz! Saya pun gelisah dgn gambar2 tu waktu ke sana. Waktu saya pergi tu, baru sgt berhijrah dan berjinak2 dgn majlis ilmu.

But makanan yg dihidangkan sedap! Alhamdulillah dan saya dapat jumpa kawan2 baru yg baik2 di malam tu