Tuesday, October 26, 2010

Al Hasani

Ziyad Al Hasani 2 tahun setengah. Manakala Zuhair Al Hasani 1 tahun lebih ketika gambar ini diambil.

Saya meletakkan gelaran Al Hasani kepada dua orang anak saya kerana mengambil sempena nama moyang saya sebelah emak yang bernama Hasan. Nama emak saya ialah Hasnah binti Hasmah binti Ahmad bin Hasan. Hasan seorang guru Al-Quran di Sungai Pinang, Tumpat Kelantan. Punyai ramai anak murid. Mengikut cerita nenek saudara saya (Mak Ngah, adik kepada Hasmah) pernah kuburnya diperbaiki kerana berlaku hakisan tanah. Tiba-tiba kelihatan kakinya terjolor keluar dalam keadaan yang masih sempurna tidak hancur. Tidak mustahil jika dia seorang yang banyak mengingati Al Quran kalaupun tidak seorang hafiz. Tentang guru-guru Tok Hasan saya tidak sempat bertanya. Tetapi anaknya Ahmad sempat belajar dengan Tok Selehor dan Tok Malik yang mana kedua-duanya adalah ulama tersohor di Kelantan. Oleh itu kemungkinan besar Tok Hasan juga berguru dengan Tok Selehor dan Tok Malik. Tentang Tok Selehor, Tok Ahmad memberitahu saya sendiri ketika saya masih di sekolah menengah bahawa dia belajar dengan Tok Selehor. Tidak pula dia menyebut tentang Tok Malik. Saya sempat melihat beberapa kitab milik Tok Ahmad yang diletakkan di tempat dia tidur. Kesemuanya jawi. Saya rasa dia hanya belajar kitab-kitab jawi sahaja dengan Tok Selehor. Mengikut cerita bapa saudara saya (Pakcik Mat) Tok Ahmad berkahwin dengan tukang masak istana atas rekemen gurunya Tok Malik yang pada ketika itu rapat dengan istana. Sebab itulah tidak heran kalau di kalangan keturunan Tok Ahmad ada yang talent memasak.

1 comment:

Hamba Allah said...

berkatnya hidup guru al Quran.. walaupun mungkin nampak miskin di dunia, 'kaya' di alam arwah dan akhirat..